Tuesday, November 16, 2010

DOA : CePAt @ LaMBat~

salam..
pagi di ofis. ,masih kurang kerja setelah bertungkus lumus minggu lepas.huhuhu.
actly, arinih terfikir tentang DOA. Erm.. aku rase bertuah kerana diperkenalkan dengan insan2 sekeliling yg suke share ilmu dan pandangan. Ilmu itu tidak seharusnya akademik untuk dikongsikan sebenarnya. Yg penting ilmu tu berguna. Jadi berkongsilah. Bila nk bercakap tentang kongsi ilmu ini, aku bukan lah org yg sesuai untuk mengeluarkan kata2..*coz aku kan kuat main2.* so, dengan search di encik GOOGLE lah aku nk dapatkan info.huhu
*terima kasih kepada penulis2 dan pengarang ilmu. sebb ada byk cara untuk berkongsi ilmu. samada di blog dan sebagainya. terima kasih sgt2!!

jadi ni yg dapat dikongsikan .. dari : http://hadzrin.com 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                      merenung dan mengeluh dengan diri sendiri???

Kebiasaannya mengeluh dan mengadu nasib mengapa mereka hidup susah. Selalunya kita mendapat jawapan untuk doa yang tidak dimakbulkan disebabkan pasal kita buat dosa dan kita tak layak mendapat makbul.
Tetapi sebenarnya kita terlupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap kali kita mohon, merintih dan meminta kepada Allah, kita menangis mohon pertolongan dari Allah sebenarnya Allh sangat suka mendengar suara rintihan dan air mata kita.

 ketika aku search gambar ni, teringat pada video wanita yg menanges bila ditanyakan soalan ini...
" apakah yang anda lakukan jika di beri kesempatan berjumpa Rasulullah?".. sangat sebak di hati!!

Apa jadi jika setiap kali kita mohon dan doa kita terus dimakbulkan menjadikan kita berjaya…? Waktu itu kita sudah tidak bersungguh-sungguh dan sudah lupa untuk merintih kepada Allah. Bagaimana dengan orang yang kufur mohon doa dan kita lihat mereka berjaya, hidup senang walaupun banyak buat kesalahan..?


Mereka juga mohon doa dan pertolongan Tuhan. Sebenarnya mereka ini jika cepat mendapat apa yang mereka doakan dan jadi senang kerana Allah benci mendengar suara dan rintihan mereka. Allah bagi peluang untuk mereka hidup bersenang lenang di dunia sebelum mereka di seksa selama-lamanya di akhirat. Sebab itu kita patut bersyukur walaupun kita susah kerana bila kita susah, kita akan lagi mendekatkan diri kepada Allah. Sebab itu Rasullullah SAW sentiasa berlapar dan memilih hidup susah kerana baginda ingin lebih dekat dan mengingati Allah. Itu Rasulullah inikan pula kita.

Jika kita mohon doa pada Allah dan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan, sebenarnya kita sudah mendapat kejayaan lain. Kejayaan yang kita tak nampak dan tak sedar. Kerana semua ini akan kita perolehi di kehidupan yang akan datang…kehidupan yang kekal abadi.

Buat diri saya dan teman-teman, jika kita dalam kesusahan dan kita mohon pertolongan dari Allah dan doa kita lambat dimakbulkan atau tidak, kita jangan risau dan jangan putus asa kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah menyayangi kita.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

anda juga boleh dapatkan ANALOGI2 dari link ini.. blog saudari 

terima kasih ya tuan blog!! saya copy untuk share..huhu

salam Sharing dari WanDot~

No comments: