Wednesday, November 10, 2010

Bila Hati Tidak Keruan~

Sifat Redha http://www.al-azim.com/


1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika i...a ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejauh manakan aku redha pada ketentuan mu Ya Allah.??
 Ampunkan lah atas segala rungutan ku selama ini...
segala kata dan rungutan hati..
 Sesungguhnya aku adalah hamba lemah yang selalu mengikut nafsu dan perasaan.
Aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau limpahkan padaku Ya Allah.

terima kasih pada rakan2 yg selalu mengingati diri ini.
terima kasih pada Puan Masrina(kaunselor) dan Puan Aida.
saya masih ingat lagi kata2 kalian berdua mengenai konsep ini.
namun hati ini tidak sekuat yang disangka..

rungutan hati  ini selalu di bayangi nafsu..
disitu letaknya titik mula segala persoalan..
persoalan yg selalu keluar diminda.
padahal soalan itu tidak selayaknya untuk difikirkan.

Moga diri ini masih sempan mencari jalan..
mencari kerdhaan dan ketenangan sambil mengejar kejayaan.
terima kasih puan!!
-wandot@khairol-

No comments: