Friday, December 31, 2010

AZAM TAHUN 2011 si KHAIROL~ heH!!

salam.. hihi.. ape khabar semua..
31 Disember 2010.. masing2 dok berkata tentang azam tahun baru.. anda pula mcm ner? hihih.. tadi bace kt Fb.. siap ade nk kje baru, imej baru, kereta baru, 'status' baru.. mcm2 hal lagi..hahaha.. kawin yg baru xmo ker? hahah

ok, sebelum ke tahun baru, kite lambaikan kepada tahun 2010.. TATA!~
sejarah 2010.. lupakan dan jadikan pengajaran.
padamkanlah ia wahai ombak.!!

OK, SELAMAT DATANG 2011~

ok, AZAM BARU..Memang saban tahun, azam yang kita dengar lebih kurang, simple nak jadi baik, lebih rajin, lebih tekun,..bla..bla... MAKNA KATA, kiranya, azam ni sangat berkait rapat dengan impian, keinginan, atau sesuatu yang kita ingin capai. Kesimpulan awalnya, azam tahun baru ialah apa yang kita nak capai dalam tahun baru tu la, sepanjang 12 bulan atau 365 hari yang akan datang ni.. kamu semua dah siapkan list ker? hahah
ok, aku punyer agak la byk juge!! siap orang nk masukkan dalam list aku lagi!!
aku pon paham ape yg diorang nk masukkan tu!! ohw tidak!! hoh0h0..

Adapun kata “letakkan impian di bintang, jika tak mampu mencapainya, setidak-tidaknya anda mempu menggapai bulan” ..  mungkin saya ada lima impian tahun depan. biarlah disimpan di dalam hati agar sentiasa dekat untuk diteliti..hihihi... (mcm xnk bg thu kan?)hahaha

”Orang yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai Allah ”Azza wa Jalla adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunasi hutangnya, atau mengusir rasa laparnya.”
(HR. Thabrani)
Jadi saya mahu lakukan yang terbaik.. untuk diri dan keluarga terutamanya.. hihih.. amin.. mudah2an..
Saya sudahi post kali ini sengan sepotong ayat Allah...
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya..
(Ali Imran 159)

terima kasih untuk hadis ini yer dan pengisian nyer. saya kongsikan di sini.. :) .. iltizamsyabab 

BULAN MEI.. seperti yang telah dinyatakan oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah melalui kajian beliau selama 25 tahun. Ramalan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan, tetapi janganla percaya bulat-bulat...

ok, selamat maju jaya.. kita masih ada masa hendak baiki diri kita.. :)


Bulan Mei
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran
yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati
orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik
dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap
pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk,
bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat,
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu,
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang
tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik,
kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta
melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam,
tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

Thursday, December 30, 2010

CINTA ITU MENGASYIKKAN~~ weee!!!

link ini amat menarik!!! sila lah ke sini.. cinta itu mengasyikkan

salam.. hai semua.. sihat2 aja kan? hahha. cuti pon dah nk habis.. then, majlis2 nikan n tunang pon dah hampir menunjukkan "downward" trend.huhuhu.. so, kuranglah jemputan2 pada minggu permulaan tahun 2011 nnt. masing2 dah bersiap sedia ngan perancangan kehidupan masing masing.. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya. :)..

so, sambil2 nk tunggu awal bulan ini, tetibe la pulah men"google" tajok2 yg mcm nih..  sambil menunggu kaunselor fakulti meeting tabung amanah. so, saya share aja disini yer!! hehehe..


Amalkan zikir ini yg insyaALLAH memudahkan jodoh kalian..
baca 40X sehari selama 40Hari..
Lakukan berterusan dan niatkan permudahkan jodoh dan supaya dengan jodoh itu dapat mendekatkan diri kita kepadaNya..
Dan hindari zina,walaupun sekecil2..
(Di'hadiah'kan oleh Mursyid Pondok Darul Atiq,Ustaz Ghazali Hasbullah pada 14/12/2010)
saya dapatkan disini : http://komuniti.iluvislam.com/

 
note untuk khairol izwan.
bukan hendak memilih, tetapi jika soal jodoh ini semua nk yg baik kan?.
akan tetapi layakkah diri kite ni dengan org yg kite mahukan?
mmg aku sendiri x dpat nk jawab.huhu..
‎"Kita tidak memerlukan seseorang yang sempurna cukuplah seseorang yang membuatkan diri kita berasa sempurna...!!" ok, saya faham.. terima kasih.. :D

moga dia... seseorang yang membuatkan diri kita berasa sempurna bila bersamanya.. :)

:: H.A.T.I & J.I.W.A::

salam.. hai semua.. esok cuti kan? ahhaha.. luangkan masa untuk keluarga, mak n abah, adik2 n anak2.. mungkin kau jer x. skang dah kt shah alam.huhuhu

semalam ade la tergerak nk dengar IKIM.FM. Alhamdulillah.. lately nih, IKIM banyak memberi dan membuat perbiincangan yg menarik minatku.. mungkin secara tidak sengaja tepat pula pada layangan pemikiranku.. moga lepas nih boleh dengar lagi...yeay!! cuma, IKIM perlukan penceramai yg sangat santai macam PROF DR MOHAYA.. saya sgt suka setiap kata2 beliau..

just nk share..
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

 Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.. AMIN..

masih ada masa untuk kita..

kelako la tgk BOLA ngan AWIE..hihihi~

salam.. selamat siang semua.
hahahah.. ape story baru arinih?
kebanyakan org masih lagi menyebut tentang bola kan.. hehehe..
aku tidak terkecuali.. Alhamdulillah.. kejayaan ynag masis untuk menutup kalender 2010.

barisan pemain muda yg makin matang.. tindakan bijak rajagopal.!! :)

mennunggu didepan kaca TV untuk menonton perlawanan timbal balik di indonesia..
ternyata aku dan budak umah teruja!! hahaha... keadaan riuh rendah  mcm final world cup.!! hahaha

ok, tindakan penjaga gol menyelamatkan sepakan penalti mmg aku menjerit kuat2!!! sipa peluk2 lagi ngan budak umah... jaringan pertama malaysia pon peluk2 jugak! nasib la lelaki dok sebelah kau...[kelako la tgk BOLA ngan AWIE]hihihi~

pujian harus diberikan pada penyerang kerana berjaya melakukan percubaan yg menekan pihak lawan. barisan pertahanan pon melakukan tugas dengan baik walau ade ketika sedikit serabut...

keadaan padang yang kurang baik pon mengganggu permainan. adoi ai!! geram aku. tp dah menang kan.. so, tutup mata jer la..hahaha

cumanya ape yan aku lihat ttg pengulas sukan, sudah hilang slogan "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA".. walhal perkataan tu lah selalu dimasukkan dalam karangan bahasa melayu mase sekolah dulu..hahaha.. rindu kt slogan tu!!! xmo la 'terima kasih3x"!!

Rio Ferdinand pun mengikuti perkembangan sukan bola sepak di Malaysia dan sempat memberikan ucapan tahniah kepada pasukan Malaysia melalui laman Twitter..

wah!! gitew~~ ahhaha.. terbaik lah.

Wednesday, December 29, 2010

'Ibu Prihatin kesal keputusan peperiksaan anak di UiTM teruk'

di ambil dari link ini :: UiTM amat adil beri markah pelajar 

SAYA merujuk kepada surat Ibu Prihatin dari Kuala Lumpur yang disiarkan di ruangan ini pada 13 Disember lalu bertajuk 'Ibu Prihatin kesal keputusan peperiksaan anak di UiTM teruk'.
Sebagai pihak yang bertanggungjawab, kami ingin menjelaskan semula isu yang berlaku terhadap anak pengadu. Menurut hasil siasatan dan kajian dalam isu ini, kebolehan pelajar dalam mewarna dan memenangi pertandingan poster sewaktu zaman persekolahan tidak boleh dijadikan ukuran bagi kemahiran keseluruhan dalam program yang diikuti pelajar iaitu Program Seni Reka Fesyen (AD 116).
Kebolehan ini hanya menjurus dan membantu pelajar dalam kursus melukis (drawing) Illustrasi (Fashion Illustration) dan lakaran reka bentuk (design).
Sebagai pelajar Program Seni Reka Fesyen, pelajar harus menguasai kemahiran lain yang dipelajari di UiTM seperti mereka, menjahit, memotong pakaian, seni sulaman dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan pakaian dikehendaki.
Ironinya, keadilan dalam memberikan markah di UiTM memangnya menjadi teras utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti di universiti lain, UiTM juga mempunyai sistem pemberian markah dengan pemantauan melalui beberapa peringkat tertentu terutamanya bagi markah kerja kursus (course work). Sekurang-kurangnya, dua pensyarah terlibat dalam pemberian markah dan purata kedua-dua atau lebih diambil sebagai markah akhir.
Dalam penilaian akhir kerja kursus semester akhir, seorang moderator akan dilantik oleh Dekan dengan persetujuan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) induk dan cawangan bagi proses pemantuan dan dipengerusikan oleh Koordinator Jabatan.
Selain itu, pemarkahan diteliti dan pensyarah disoal sekiranya markah terlalu rendah mahu pun gagal. Penganalisaan markah dibuat sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi seperti ke mesyuarat Jawatankuasa Akademik Cawangan (JAC), Lembaga Akademik Fakulti (LAF) dan akhirnya ke mesyuarat Senat UiTM.
Untuk pengetahuan, UiTM tidak sesekali amalkan pemberian markah berdasarkan tahap pendapatan ibu bapa serta keluarga pelajar, malah wajib mengikut sistem yang digariskan untuk tujuan keadilan kepada pelajar. Pelajar sendiri mempunyai hak untuk membuat semakan semula sekiranya tidak berpuas hati dengan markah yang diberi.
Tenaga pengajar Program Seni Reka Fesyen (AD 116) terdiri daripada gabungan pensyarah pelbagai peringkat usia kerana keperluan ini adalah satu kelaziman bagi semua sektor pekerjaan. Pensyarah muda yang dipilih juga memenuhi kriteria tertentu yang digariskan oleh UiTM. Merujuk kepada program AD 116, salah seorang pensyarah mudanya turut terpilih ke London Fesyen Week 2010 dan jumlah pensyarah muda bagi program ini hanya tiga orang sahaja.
UiTM amat prihatin terhadap soal masa depan pelajarnya. Dengan itu, pihak pengadu boleh membuat semakan di fakulti tempat pembelajaran anaknya.

PROF MADYA DR. AHMAD REDZUAN ABD. RAHMAN
Penolong Naib Canselor UiTM

Jawapan yg amat baik, dan sepatutnya si ibu tidak melatah dengan keadaan tersebut lantas mengadukan pada akhbar. sejarah sekolah anak tidak membantu pon semasa di Universiti. lagi pula sejarah melukis n mewarna itu nk di kaitkan dengan fesyen.

Tuesday, December 28, 2010

PEMIMPIN~

Kata-kata Pujangga:" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

Kata-kata Pujangga:"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."


ATAS TU SEMUA YG MUNGKIN BOLEH DI FIKIRKAN BILA KITE MEMASUKI BAGAHIAN BERORGANISASI.. sila fikirkan.. moga aku boleh baiki diri lagi. tp dah xmo aktif2! hahaha
moga segalanya baik lepas ini.. amin.

Saturday, December 25, 2010

Owh kerol, RASAKAN kamu!!!huhuhu

serius. maafkan insan yg bernama khairol izwan bin shafie ini.

aku masih TIDAK gagah untuk mengeluarkan entri itu!!
Owh kerol, RASAKAN kamu!!!huhuhu
"kalau hubungan itu lenyap, redhakan aja"..
Tidak mahu menanggung rasa bersalah lagi... maaf semua.

maaf. sekarang ni terlalu memikirkan " kesilapan" itu. ArgHH..


this is what i mean. "value the relationship". maaf.

Friday, December 24, 2010

Bagai puteri menanti putera kasih antara kita~

Salam semua. hihi~
skang nih berada di kampung halaman. merehatkan diri lagi~ hoh00h..

miasara n pulau aman!!


motif: xmo tulis cni~ hahaha

semalam last episod cerita SERIBU KALI CINTA. hehhee. of coz la aku tgk sbb last day.hahaahha.
minat gile kt lagu die. selain PULAU AMAN tu. mau g sane nnt.!! yeay!!


Terciptanya kita terciptalah rasa
Tercipta cinta tercipta rindu
Tercipta episod penuh berwarna antara kau dan aku
Terasa segalanya sempurna tanpa cela
Lihat dari hati bukannya diri
...Bagai puteri menanti putera kasih antara kita
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yg tercipta antara kita


ni lah pelakon die! hahha.. kelako bgun pagi jerit2!!! haha

nota kaki::: kadang2 mls nk pikir, tp kadang2 terpikir juge!! apekah?? ok, xde motif pape pon.hahah

walau gambo ni besar.. still xde kaitan ngan entri kali nih~ hihihi

Wednesday, December 22, 2010

BESTARI ROAD TOUR FSKM UITM 2010 [PEKAN & PENDANG]

salam semua.. bile tgk kalender arini dah 22 DEC.. tp ape yg berlaku esok?? InsyaAllah..
ini juge...
serta ini.. sudah pon di beritahu sebelum ini..

jadi hari esok adalah hari penting untuk adik2 yang mengambil keputusan PMR 2010.
kepada adik2 di PENDANG and PEKAN,
semoga kali berjaya mendapat keputusan yg CEMERLANG.
kalian telah pon berusaha..



TAHNIAH!!  usaha yang kalian berikan, ini lah hasilnya.
moga berjumpa lagi selepas ini bagi yg memenuhi syarat abg2 n akak2 fasi okey.HEHEHE

BESTARI ROAD TOUR FSKM UITM 2010 [PEKAN & PENDANG]

Hidup Umpama Bunga Sakura

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bunga sakura,
Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.


moga aku boleh melupakan sejarah silam dan  perbaiki diri. jika tidak banyak, sedikit pon jadilah. moga2 sedikit usaha untuk memulakannya akan dapat membantu diri ini.
Sakura berasal dari kata "Saku" (bahasa Jepang yang artinya "mekar") ditambah dengan akhiran yang menyatakan bentuk jamak "ra". Dalam bahasa Inggris, bunga Sakura disebut cherry blossom.

salam dari seoul oleh farah inn the joe day!! kamu bikin saya jeles okay~ hahah

Monday, December 20, 2010

Kekaseh Gelap Aku~ haha!!

salam. hai semua kawan2.
arini mcm dok mengurung kt umah jer.!! hoh! kekaseh gelap pon dok umah jer.hahaha
so, masa untuk mengemas buku2 degree yg aku tinggalkan sekali ngan nota2. Alhamdulillah.. walau degree nih x mencapai target untuk first class, aku masih bersyukur untuk ilmu statistik yg aku pelajari.
petang kuar ngan kekaseh gelap naik moto pusing2 sek 16, 17, 18 n 19.haqhahah
xde keje!!tp seronok sebb ade matlamat lain. hehehe. thanz syam sebb teman.
esok, plan nk g putrajaya untuk daftar JPA. adeh. x reti plak jalan n tempat.huhuhu
ape la aku nih.huhuu. erm, nasib la kekaseh gelap ade nk teman esok. hahaha

Saturday, December 18, 2010

unique cases : jalan cerita kehidupan. huh~

salam. alhamdulillah...
aku masih lagi diberi kekuatan untuk in semua.

YA ALLAH, BERIKAN HAMBAMU INI KEKUATAN

aku amat kalah bila memikirkan masa depan aku.
perjalanan aku yang jauh jika dibandingkan dengan kawan2.
tp rezki itu masing2 kan?
kite ade jalan cerita yg tersendiri kan?
unique cases rite?haha
so, aku masih belajar untuk memahami prinsip ini.
agar, setiap masa dan keadaan kelak,
aku x kalah dek hajat dan harapan yg tinggi.
bak kata ecah : [redha ye] huhuhu. BAIKLAH.hehehe


pada kawan2, selamat mengejar cita2..
semoga kita saling mendoakan sesama kita.
kerna ape? tiada hijab untuk doa tersebut jika didoakan pada insan lain.

moga step yg aku ambil ini betul. dan dapat membantu diri aku juge.
moga Allah memudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
amin.
salam untuk semua.

Tuesday, December 14, 2010

Just Mention oR Berkias???

salam.. hai semua.
hahaha.. best sgt kot dok umah!! hahahaa
tp aku masih lagi menunggu~ huhuhu
sabar jer lah. dgree dah abes!! so? hahah

tetibe lak  semalam abah sebut " abah dulu nikah mase umor 25"!!! ok, aku bt x dengar. sebb aku baru 23. hahaha

umor 25 okay!!

dan bile jumpe ngan kawan2 n chat, mesti topik nih x lari!! owh, aku bkn nyer rimas. tp mls nk pikir..hahaha
[walaupon aku memikir juga] so, cepat2 lah aku untuk bersedia dalam semua aspek.hehhehehe

ok then, second statement:: "yang dekat2 jer sudah la ngah"ahahah adoi... xpe3.. biase2 sudah...
future wife aku, bukan kesempurnaan yg aku cari, tp dengan kamu aku akan rase sempuarna!! cewahhh!!hahahha..
ok lah, mengarut jer. walau berkias, aku akan tetep terpikir. just take time jer lah... hehehe

Monday, December 13, 2010

Doa mereka adalah mustajab..(jemaah haji)

salam. ape khabar semua.
ok arini 13 disember 2010. esok dah 14 disember 2010!!!
erm.. esok ma, abah ngan Dr Norazan akan pulang ke tanah air (malaysia) setelah selesai menjalankan ibadah haji di tanah suci makkah. mereka pergi group yang sama kalu x silap. Alhamdulillah. Haji mabrur dan yg sempurna dikurniakan pada mereka yg menjejakkan kaki di sana.

moga sihat dan selamat sampai. actly amat memikirkan mereka bertiga. coz, sebelum pergi kan mcm cuaca panas kt sane. thn, sebelum berangkat naik flight, Dr ade balas sms. moga beliau mendoakan semua anak didik di Shah Alam. Ma pula ade hantar sms minggu lepas. sangat terharu!! syg ma juge. mau jadi anak lelaki ma jer!!

sedikit perkongsian dari website ini- kepulangan dari tanah suci 
 Adalah elok juga bagi mereka yang menyambut ketibaan orang haji itu meminta doakan kepada orang-orang yang baru balik haji kerana doa mereka adalah mustajab,

sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
“Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila engkau bertemu orang haji (yang baru balik haji) maka bersalamlah dengannya dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Ta’ala (doanya adalah dimakbulkan)” – Riwayat Al-Imam Ahmad

ambillah peluang bagi keluarga dan saudara terdekat. doakan untuk saya juga yer. amin!!!
Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga jemaah haji mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air. Amin Ya Rabbal'alamin

Sunday, December 12, 2010

MADU LEBAH TUALANG~

salam semua. hai. ade benda yg aku nk kongsi nih. mlm tadi mase nk masuk bilik tido nampak la berbotol2 cecair warna coklat hitam. hahah!! rupenyer madu.!! byk giler kot abah bt simpan. jadikan stok.  guna sendiri.. sbb anak buah pon makan madu lebah dari kecik. abah yg bagi. tp ade jer kwn2 yg amik dari abah. meh aku cerite.!!!

aku suke yg putih tu!! mcm chewing gum!! hehehe
Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang. [sumber]
[fakta]
Ciri-ciri madu lebah tualang;
(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;
(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;
(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;
(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;
(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)

Firman Allah dalam surah an-Nahl yang Tafsirnya:
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

 

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamjuga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang Maksudnya:
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

maklumat tambahan boleh di dapati laman web ini.
di sini juga ade perbezaan pada harga.. mengenai harga 

ini sedikit madu yang abah simpan kt bilik aku. masih berbuih lagi sebab baru lagi. lepas 3 bulan baru lah buih tu hilang. ade gas kot. sebb setiap pagi abah akan buka tutup botol utk keluarkan gas. kalu x, tutup tu melompat.hahah
ni antara bekalan yang tinggal lepas kawan abah beli..

ha.. baru sebulan nih. buih nyer pon masih ade kan!! heheh

aku mmg dari kecik makan madu.. semua satu family kot. tu sihat2 badan semua.haha

 madu oh madu!!! hahah

actly, jiran saya pon ade dah bawak balik ke rumah anak die kt KL. Anak die cakap, kalu nk tahu madu tu tipu atau tidak, masukkan dalam peti ais beku selama 3 hari, madu itu akan beku. sebb campur dengan air gula.
Alhamdulillah ternyata madu ini ASLI

kalu ade sesiapa nk beli boleh jer tny no nih..
abah saya
: no 300 blok 13 felda palong 5, 73430 gemas negeri sembilan
area seremban pon boleh. adik saya boleh hantar nnt.
SHAFIE MOHD SALEH 013-2030418

saya:
KHAIROL IZWAN BIN SHAFIE
013-9154933.
umah sewa saya, sek 17.
(SHAH ALAM dan terdekat)

HARGA: RM 70
kos penghantaran RM 15

Saturday, December 11, 2010

NiKAH Connecting PeOPLe

Salam semua!! ape khabar?? saye dah baerada dirumah.heheheh
Arinih ke majlis pernikahan sahabat kamon stat saya. PUAN ZAZA( trus tukar status)hhoh00 dengan suaminya. Alhamdulillah. selamat menempuh alam baru berumahtangga. so, ramai lah yg hadir. termasuk lah coursemate CS221. amat meriah kot. jarang kami nk dapat kumpol2 mcm nih. so, cepatan la turn coursemate saye kalu nk jumpe2 mcm tdi.hahahaha

teringat terus kat benda atas nih. jumpe benda nih mase di UITM KELANTAN. bersame rakan2 JPPIH. skang dikenali dengan nama IMAN. hehehhe... rindu lak zaman dulu2..huhu

so, sepanjang atas moto tadi terpikir la juge[jujur] pasal pasangan nih.. hahahah[kantoiiiiiiiiiii]. tp komitmen aku masih pada family. xmo lah terlalu nk teruja dengan perasaan jiwa remaja. hahahah. [habis la aku]..
aku bk x pikir. pikir juge. tp mau serius bile aku dah capai ape yg aku nk. so, mebi umo 27 kot. hahaha...
[berangan jer]haha...

ok lah. kepaDA sahabat2 yang mendirikan rumahtangga. saya berikan serangkap lagu untuk anda semua. semoga menempuh alam keluarga dengan penuh tabah dan gembire. amin...

ala2 maher zain nyanyi yer.hihihi
ok, salam nikah connecting people. :)

Tuesday, December 7, 2010

MasA SuKA vS MaSA SeDIH~ ttp mau juga!!!

salam.. hihi
tajuk nih aku dah lame sgt pikir kot.
[ok, aku ngaku. aku pon pernah terlibat]hahahaha
cinta nih mmg "tuntutan jiwa remaja" kot. nk rase di sayangilah, nk syg kt orang lah. tp selalunya remaja akan tersalah.  padahal x tahu lagi pasangan hidup. aku bukan nk cakap baik atau buruk ade kekasih. aku nk tekankan kt sini adalah mainan perasan itu yang akan mempengaruhi hidup semasa alam percintaan. GITEW!! haha

korang rase hepi kan bile ade "couple"?
dan mase tu kemain lah akan bermadah..
kite tgk la bahase2 'indah' time suka...

Mengenalmu adalah suatu anugerah
Menyakitimu adalah suatu larangan
Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan
Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan

kalu time sedih?? mcm nih pula.. ops, ada sajak la!!! hahaha
KESEDIHAN CINTA

Cinta terlalu indah untuk disimpan
Terlalu sulit tuk dilupakan
Tak kan hilang karena badai
Tak kan hilang karena deru angin
Yang selalu mengisi setia ruang hati setiap insan
Cinta kadang datang tanpa ku tau
Kadang pergi sisakan kenangan saat kau pergi

Cinta.................
Bila kamu tlah jauh
Kamu harus mencari tuk hilangkan kejenuhan hati
Tanpa dirimu aku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa membawa surga ke dalam hatiku


sesungguhnya, aku ckit pon x melarang lagi pula menggalakkan.. cuma, fikirlah dengan baik. masa depan, persiapan diri, keluarga, adik beradik. byk lagi komitmen berlu diberikan selain dari couple. unless la kamu ni anak dato' n datin. kebas jer mase yg berkenan.hhaha.
** aku teringat ma(ma yer mmg ma cakap) cakap: x kesian ker buat dosa, tp nnt ma yg tanggung?? ok, sila lah kite pikir ayat itu. tidak kah kita kasihan?? dari usaha nk elak, baik jauhkan.
mendoakan ma n abah pulang dari tanah suci seminggu lagi sihat dah selamat.

ok, aku dah mula mengarut, next time nk cerite pasal ape ek?? huhu. tunggu jer la nnt.hhehehe
salam maal hijrah kawan2 semua.:)

Monday, December 6, 2010

Melangkah ke tahun baru Maal Hijrah

salam semua. harap semapat lagi untuk berkongsi entri kali ini. masih ada ruang masa dan peluang!! huhuhu
ok, kite dah nk masuk ke tahun baru.. Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih baik dari yang sebelum nih. InsyaAllah.
aku turut mengharapkan yang sama. berbekalkan keadaan sekarang, Alhamdulillah. aku semakin tenang di bandingkan mase2 *lagho dulu.huhuhu.


dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
 
Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib
doa di upload dari encik google. terima kasih~ :)

walaupaun siapa pon diri kita, kite masih lagi mempunyai peluang dan masa untuk baiki diri. walau kita tidak sebaik yang insan lain mahukan, sekurang2 nya kita perbaiki sedikit dari masa lalu. moga kita sentiasa mendapat petunjuk dan bantuan dari Allah. namun, bantuan itu bukan sekadar meminta. hasil nya dari doa, dan doa paling mudah adalah selepas solat. bersolatlah~
kadang2 kita kalah apabila doa kita lambat dimakbulkan, namun kita perlu tahu Allah sgt kasih pada hambanya yang selalu berdoa. :)

salam maal hijrah dari wandot..:)
biar kita x seberapa, tapi kita cuba baiki. insyaAllah.

Saturday, December 4, 2010

Kalau Cinta Mampu Bicara~

Tajuk Nasyid : Nota Cinta
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah 

Nota: yang ni lain pula~ hahah
sumber: missvociferous.blogspot.com
terima kasih ya!! hehe 

Friday, December 3, 2010

Siapakah Gerangan Beliau??

salam.
sbb kje dah siap semalam, so arinih mcm xde kje. hehehe.
saya sangat suka!! tp dalam kepala masih pikir pasal kje baru. bile lah nk dapat kje baru nih.huhuhu

ok, sekarang nih kepala memikirkan tentang seseorang. siapakah geranagn beliau?? tp aku yg appore kt FB. tp masih x kenal. mutual frens pon xde. dari mana dia hadir?? ermm~ masih memikirkan.
sesungguhnya aku ni hanya akn approve kawan FB yg kenal. if xkenal pon, akan di Approve atas beberapa syarat.[rahsia] hahah.

kamu : ya kamu NR~ bantu lah ape yan patut pada "khairol izwan" nih. :p

kawan2 yang membatu..Terima Kasih :D

salam.. salam jumaat semua.

arinih amat tenang. mungkin mind setting dah jadi baik. Alhamdulillah.
kadang2, kesedaran itu ada, tapi hati tidak kuat. tp, lepas habis jer dgree nih, rasenyer xde masalah pon.
mungkin mind setting x betol. jadi segala yang baik, kite ikot. bak kata sahabat saya dalam post nya di muka buku:
" kalu tidak boleh nk ikot semua benda yang baik, jangan tinggalkan semua".. dan " kalu tidak mampu mengikut semua cara Rasulullah, jgn tinggalkan semua". 
sungguh berkesan ayat tu. mcm kne panah petir hati nih.huhuhu
aku pula mcm ner? LEMAH DAN HINA. Alhamdulillah, aku msih ade 'kakak' dan rakan2 yg masih membantu dan menasihati, biarlah aku merangkak dari mula.

Moga2 aku dapat baiki sedikit demi sedikit.

nota kaki :: kite masih boleh berubah jika kita mahu. abaikan sejarah silam. kadang2 sejarah itu yg menjadi penghalang.

Wednesday, December 1, 2010

perlu sedar diri>> baru dapat kenali diri kan??

salam. huh! aku sgt x ske dok opis skang.
mungkin jiwa aku kt sini. tp untuk kedudukan sementara waktu nih, bertahan jer lah sampi project nih tamat.hoho0h0h0. [strategy starts here! itechqs] hashah

erm.. mungkin post2 yang terdekat ni di bayangi tajuk berkasih. aku x tahu kenapa. tp aku rase perlu untuk aku luahakn kt sinih. then, aku xkan pikir lagi.hahhaha. [percayalah]..kekekek

erm.. mcm nih.
aku terpikir la pasal insan meletakkan level untuk mencari pasangan. means mcm ade golongan2 tertentu jer yg sesuai dengan die. ok, aku huraikan satu2.
1. kadang2 ade orang rase die bijak sgt, sampi nk cari pon yang bijak2 jer.
2. kadang2 ade org rase die tu kaya sgt, then nk cari yg kaya2 jer.
3.kadang2 org tu rase die "mcm" cukup ensem, then nk cari yg hot2 jer.
ni yg xleh bla!! hahaha
4. kadang2 die rase die tu pakej cantik, then nk cari dato2 jer sbg kenalan.
**owh, ni bajet jer kan?
*tp lumrah manusia weh. kne lah terima juge situasi nih.hahaha
5. kadang2 org rase die dah cukup 'baik', then nk cari yg lelaki yg baik.

bagi aku lah kan,
lu nk memilih pon biar lah dengan cara baik.
means kamu akan dapat dengan cara baik then kehidupan kamu pon akan baik.

p/s: pesanan untuk aku.
1. cari yg terime aku seadanya.hoho.[ikhlas]
2. terima family aku dengan baik
3. besederhana.
4. walau aku lelaki, die juge boleh mendidik aku. maklumlah~ hahah
5. ade lagi. nntlah..haha.
tp, kekasih gelap aku tahu~ hahaha

ape yg perlu aku lakukan skang:
1. mau sambung lagi. tp tgk keadaan. coz mak mau aku jadi lec. InsyaAllah
2. mau bt yg terbaik untuk adik beradik.
3 berkereta sendiri bulan jun 2011. [x thu sempat ke x.huhu]
4.bt intervier untuk calon2 wife[ hahahah.. cadangan dulu2] SENGAL.haha

then, enjoy jer setiap saat yang aku lalui. moga aku x menyesal di kemudian hari. hehe

hati TENANG~

salam..
hai kengkawan semua. hoh0h0h..
merindui teratak nih.

Alhamdulillah, semenjak dua menjak nih hati semakin tenang.Alhamdulillah.
Allah tidak pernah lupa pada janjiNYA. 
terima kasih pada sahabat2 yg selalu memberi nasihat.

memendangkan cuti semester nih, topik BERKASIH adalah pilihan utama kawan2 saya. hahaha
nk gelak guling2!!! ahaha. ade kes yg gembira dan ade kes yg sedih. tp yg jelas sudah ade yg terbaik di atur olehNYA. jangan lah kita berburuk sangka pada yang maha ESA.

moga segalanya kalian fikir dengan baik.