Wednesday, December 29, 2010

'Ibu Prihatin kesal keputusan peperiksaan anak di UiTM teruk'

di ambil dari link ini :: UiTM amat adil beri markah pelajar 

SAYA merujuk kepada surat Ibu Prihatin dari Kuala Lumpur yang disiarkan di ruangan ini pada 13 Disember lalu bertajuk 'Ibu Prihatin kesal keputusan peperiksaan anak di UiTM teruk'.
Sebagai pihak yang bertanggungjawab, kami ingin menjelaskan semula isu yang berlaku terhadap anak pengadu. Menurut hasil siasatan dan kajian dalam isu ini, kebolehan pelajar dalam mewarna dan memenangi pertandingan poster sewaktu zaman persekolahan tidak boleh dijadikan ukuran bagi kemahiran keseluruhan dalam program yang diikuti pelajar iaitu Program Seni Reka Fesyen (AD 116).
Kebolehan ini hanya menjurus dan membantu pelajar dalam kursus melukis (drawing) Illustrasi (Fashion Illustration) dan lakaran reka bentuk (design).
Sebagai pelajar Program Seni Reka Fesyen, pelajar harus menguasai kemahiran lain yang dipelajari di UiTM seperti mereka, menjahit, memotong pakaian, seni sulaman dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan pakaian dikehendaki.
Ironinya, keadilan dalam memberikan markah di UiTM memangnya menjadi teras utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti di universiti lain, UiTM juga mempunyai sistem pemberian markah dengan pemantauan melalui beberapa peringkat tertentu terutamanya bagi markah kerja kursus (course work). Sekurang-kurangnya, dua pensyarah terlibat dalam pemberian markah dan purata kedua-dua atau lebih diambil sebagai markah akhir.
Dalam penilaian akhir kerja kursus semester akhir, seorang moderator akan dilantik oleh Dekan dengan persetujuan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) induk dan cawangan bagi proses pemantuan dan dipengerusikan oleh Koordinator Jabatan.
Selain itu, pemarkahan diteliti dan pensyarah disoal sekiranya markah terlalu rendah mahu pun gagal. Penganalisaan markah dibuat sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi seperti ke mesyuarat Jawatankuasa Akademik Cawangan (JAC), Lembaga Akademik Fakulti (LAF) dan akhirnya ke mesyuarat Senat UiTM.
Untuk pengetahuan, UiTM tidak sesekali amalkan pemberian markah berdasarkan tahap pendapatan ibu bapa serta keluarga pelajar, malah wajib mengikut sistem yang digariskan untuk tujuan keadilan kepada pelajar. Pelajar sendiri mempunyai hak untuk membuat semakan semula sekiranya tidak berpuas hati dengan markah yang diberi.
Tenaga pengajar Program Seni Reka Fesyen (AD 116) terdiri daripada gabungan pensyarah pelbagai peringkat usia kerana keperluan ini adalah satu kelaziman bagi semua sektor pekerjaan. Pensyarah muda yang dipilih juga memenuhi kriteria tertentu yang digariskan oleh UiTM. Merujuk kepada program AD 116, salah seorang pensyarah mudanya turut terpilih ke London Fesyen Week 2010 dan jumlah pensyarah muda bagi program ini hanya tiga orang sahaja.
UiTM amat prihatin terhadap soal masa depan pelajarnya. Dengan itu, pihak pengadu boleh membuat semakan di fakulti tempat pembelajaran anaknya.

PROF MADYA DR. AHMAD REDZUAN ABD. RAHMAN
Penolong Naib Canselor UiTM

Jawapan yg amat baik, dan sepatutnya si ibu tidak melatah dengan keadaan tersebut lantas mengadukan pada akhbar. sejarah sekolah anak tidak membantu pon semasa di Universiti. lagi pula sejarah melukis n mewarna itu nk di kaitkan dengan fesyen.

2 comments:

anum said...

hahahaha!

Khairol Izwan Shafie said...

@anum: hahaha...
kelako lah mak cik tu..
padahal boleh bawak berbincang~huhu