Monday, November 5, 2012

Go kerol! Go kerol!!

"..Perkahwinan dimulakan dengan CINTA dan disempurnakan dengan TANGGUNGJAWAB..."
Ada bantahan?? tidak kan.? 
Smile as usual & stay cute.. 
keep on improve! 
Go kerol! Go kerol!!
Yakin dan percaya: kami tidak se selimmm ini~ hihihi

cik tunang pon sama.. =P
belajar sungguh-sungguh ok.
OK Done. Jom sambung buat kerja.!

Friday, November 2, 2012

Utusan khas :: cari pasal \(=.=")/

Assalamualaikum.. hai ape khbar semua.. Sihat ker? aku x lah berapa sihat. Tp alhamdulillah untuk tahap kesihatan sekarang nih. biasalah bila musim hujan. batuk dan selesema..
comey gilo aku demam mcm nih~ haha

Sekarang ni cuti midterm.. aku nih kje jugak walau tergoglong dalam golongan2 yang perlu cuti mid term. ahhaahha.. Apekan daya.. belajar guna duit seniri. dan aku yakin. kelak aku lebih bersyukur dengan usaha2 ini. lagi pula membawa harapan mak abah untuk belajar elok2.
AKUI: memang tidak secomel budak ni..hhahaha

Cik tunang sekarang ni cuti midterm. untunglah dari raya Korban lagi die sebok. dengarnye training menjaga budak. maklumlah.. melembut2kan jari jemari untuk menjaga kanak2 (hihihihi). Serius!! dari raya Aku g IEEE dekat KL sampai sekarang ni, kitorang ni memang jarang sgt nk berhubung untuk bergaduh2. sebab ape? CUBA TEKA? ahhahaa.. masing2 macam mengada2 tak nak kalah. Aku memang dah compem nk buat ayat meluat2 bagi dei bersalah. Tapi aku xmo gam mengalah sampi lah malam tadi.. siap bagi ayat mcm ni lagi kat die." Allaaaaaaaa.. mengalah la.. plisssss.. plisss". Die kemain lah bangga ngan KEMENANGAN semalam. Ceh! hahaha.  oleh kerana rindu. aku mengalah lah.. :) Senyum Lebau die semalam.. (dari gaya suara n cakap, aku dah leh imagine mimik muka dia.. hahahha)
ni yang aku baca lah~ xtaw la mcm ne kitorg nih~hahah

DAn ini yang berlaku~ *aku rasa lah. xtaw la die mcm ner.. hoh0h0 (=.=")/

Arinih die g Padang besar. menarik gak g sane. wang kelian pon best. kat sempadan sane tu. aku dah g dah mase 2008 tu. die jer yg x ingat kat negeri d sendiri. *koyas.. hihihi.. Seronok dan beronok2 palk cari pasal kat sini. Compem kne bedal naik cuti nanti( tu pon kalau die bace entri yang nih.. hahaha)

orang tu baru g sini~ nk buat2 excited lah tanye die mlm kang..hihihi

Selamat menghabiskan cuti midterm bersama keluarga.. Semoga hubungan ini hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat kita...


Utusan khas cari pasal buat cik tunang =)
Nurul Atirah

Yg Cari pasal:
Khairol Izwan

Friday, October 19, 2012

#Hati Not Well~

Assalamualaikum.. HAi.. Kepenatan uruskan hal adik. 3 hari ambil cuti. lepas operation, hantar adik trus balik palong. semalam balik shah alam. xde sape nk amik, balik jer jalan kaki dari stesen bas tu. Setiap peluh yang turun aku redha. semoga aku sebagai anak lelaki tunggal mampu memudahkan tugas abah. abah ajuh dekat kampung. tak kan nk ulang alik. lagipon abah x jelas ape yang berlaku.Walaupun penat tapi aku sangat puas hati sebab dapat mengalas dan membantu tanggungjawab abah. Siapa lagi nak tolong insan yang lahir dari tali pusat yang sama? kalau bukan ahli keluarga. Saat kita jatuh, ingatlah. keluarga yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Doa mereka tidak putus2 untuk kebaikan bersama.

Namun aku sedih tika dan saat ini ada jugak adik beradik yang ego nya sikap nya sehingga membelakangkan keluarga dan adik beradik.. aku tak tahu macam mana nak cakap. kecewa sangat..# SANGAT!! tak tahulah bila dah naik pangkat, kerja besar, ada harta. yang tengah xda harta ni pon dah macam2!! Kecewa SaNGAT2! Tidak kah engkau boleh fikir siapa dibelakang engkau semasa susah? OK, Kawan2 yang selalu SMS dan wish sabar dan takziah! itu lebih engkau nampak. TERIMA KASIH. Aku KECEWA.

aku akan lebih berhati2 untuk mendengar dan menapis segala kata2 sebelum memberi reaksi. nak jaga hati semuaaa orang. Hati Kena Kuat Beb!! ok, dah lega. nk buat kerja yg x seberapa ni plak.

p/s: penyelaras dah email tanya progress.
      thesis aku ape khabar? hohoho
      Doakan aku habis sem ni jugak. nak cari kerja lain
      terima kasih cik tunang yang sentiasa cuba untuk memahami keadaan aku nih.


Alihkn matamu ke laut.. Airnya membiru dan menenangkan tapi hanya Allah yang Maha Tahu rahsia di dalamnya begitulah juga dengan kehidupan manusia.. riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.. Jika rasa kecewa , pandanglah sungai , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih, pandanglah ke langit , maka kau akan sedar bahawa Allah tidak pernah jauh denganmu..

Monday, October 15, 2012

KAMI jadi FASI.. ayer keroh Okt, 2012

Assalamualaikum semua.. HAi..

Hari nih masuk kerja.. Malam tadi baru sampai dari melaka. Ada program..
Program yang sangat baik bagi bagi diri aku. Tak pernah join program dari kalangan sekolah agama.
Seronok jadi fasi sebab jumpa audience baru. yang baik.. senyap2 malu.. Adoi.. Tapi kite sebagai fasi kne bijak dan cepat membaca karekter budak2.. Ape2 pon, walaupun kami ni baru sahaja berkumpul untuk jadi fasi dalam profram ini, kerjasama dan persefahaman yang cukup baik ditunjukkan oleh semua fasi..

Lain kali nk join lagi lah program2 nih.. rindu berprogram!! last pon 2010. huhuhu. ni ade gambar budak kecik muazzin (anak ustaz) ambil gambar KAMI. weeee~ thanx.
Boleh abaikan gambar akmal tu~ hahahaha
(garangkan KAMI??hihihih)

Buat tunang, selamat menambah pengalaman berprogram dan memasang jaringan komunikasi. Semoga kelak mudah untuk mencari kerja dan macam2 lagi..

~TAMAN AYER KEROH 2012~

Friday, September 21, 2012

Walaupun setiamu pada isteri~

Salam.. Hai.. selamat malam.. xleh nak tido... teringat kt budak tu.. Kabarnyer demam. tapi degil xmo dengar cakap.. kentut depan muka baru taw! hahahaha.. Geram.

actly kepala fikir macam2.. macam2 hal belaku skang nih.. nk jge diri sendiri.. org lain. adik beradik. orang kt opiis.. ermmm.. x taww lah.. writting thesis pon terbehenti seejap. I lost this week.. memikirkan masa depan bila dah cadang nk bbina family.. rupanya byk yang perli difikirkan..

Cik tunang belajar sunggguh2 okeh! nk tgk awak tu grad nnt. hehehehe.. tp tgk yg saye dulu.. hihihi..

ni ade ayat yang perlu difikirkan balik bila menempuh alam keluarga kelak..kongsikan untuk cik tunang yg comel. (ye, kami mcm teleetubis)hahahah..

Ingat, nanti, bila dah ada suami atau isteri, jangan lupa pada adik beradik~ Jangan buang ibu dan ayah. Bila dah bahagia nanti, jangan lupa ayah dan bonda. Walaupun taatmu pada suami, walaupun setiamu pada isteri, sebahagian saham syurgamu masih ada pada ibu. Cintamu nanti, jangan sampai melukai, apatah lagi menderhakai :)

ok, Done. Cik tunang tido kolej kateenyer. ade studdy sket2.. maan ubat n cepat sihat. lame x dengar gelak tawa menglai2 awak tu.. hhihihi...

Byee.. nk prepare issue SME! Moga murah rezeki utk interview. =D

Sunday, September 16, 2012

adakalanya mereka seperti nenek, berleter semahunya~ love and life :)

Salam.. lame x update blog.. hampir sebulan meniti jalan sebagai cinta hati tunang saye.. :)
Wish u all the best in your study.. semoga menjadi kebanggaan abah dan emak serta keluarga. 
nk bg bangga ada byk cara. akademik saja tidak juga.. byk lagi cara.. semoga Allah permudahkan segala urusan kamu dan keluarga. :)

Kalaulah mendapat cahaya mata itu anugerah, 
maka memiliki isteri yang baik adalah ibu pada segala anugerah :) :) :) 
- ok tah pape, lalalala^^

Perempuan umpama angin~~Lembutnya melenakan~ Ributnya mengusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu, menyaji kasih, menghidang sayang~ 
Adakalanya mereka seperti anak. Mahu dibelai,minta dimanjakan. 
Dan adakalanya mereka seperti nenek, berleter semahunya~ merungut seadanya - 
Of love and life :)

Monday, August 27, 2012

Cinta HAti :: 230812 ~ Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
lama betul x mengarang kat teratak nih.. bukan x sempat. bukak jer selalu. cuma kekuatan nak update cerita ni tak tergerak oleh jejari comelku inih~ hahahaha.

Alhamdulillah.. 23Ogos2012 lepas menjadi tarikh yg sangat aku ingati. Alhamdulillah! Allah permudahkan urusan aku dan keluarga untuk langkah pertama ini. Minggu lepas pergi beraya di rumah si NurulAtirah. Serius aku katakan sangat cuak dan berdebar2. lagi2 drive kereta dari palong. Nak guguq jantung masuk pintu rumah. Semua perasaan ade! Waaa.. nk cerita balik pon dah meresap keseraman perasaan mase hari kejadian. huhuhu

Semuanya berjalan secara SIMPLE dan BIASA.
ni copy pastaaa~
 
mcm teletubies jer kan?
mcm bwh nih.. hahaha
hahaha.. bolat kecil bolat kecil~ hahaha
 
Moga Allah permudahkan peringkat seterusnya.. Dalam tempoh setahun seperti yang dipersetujui kedua-dua keluarga. #tp aku ada rancanganlain untuk tarikh iut. mcm ne? huhuhu.

Selamat menjadi Cinta Hati saye.. JAga diri Baik2!!


Di kala hati bertaut ampuh,
Doa abadi ke hujung raga,
Di sanubari cinta berlabuh,
Redha Ilahi tuntun ke syurga..
 
semoga cepat2 ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke akhir hayat =)


Monday, July 16, 2012

LoVinG Spouse!!

Assalamulalaikum..

HAri semakin jauh.. Dan ramadhan semakin dekat.
Apa perancangan aku lakukan?

first of all, aku nk gunakan Ramadhan ni lebih baik dari tahun lepas.
Alhamdulillah.. tidak lah aku ni dari golongan2 yg baik2. tp aku cuba dan usaha untuk perbaiki diri sedikit demi sedikit. *doakan saya.

Keduanya, perasaan DIRI ini TUA semakin menebal. Dan Kejelesan melihat keluarga yang rakan2 bina semakin tinggi. ya, berkadar langsung dengan pertambahan hari. paham kan? T______T.

Ketiganya, moga Allah cepatkakn jodoh  aku bersamanya. perancangan dah ada, tp biasalah. kewangan  masih menjadi persoalan. So, now exam dah habis. tinggal nk buat analisis dan writting report jer. Moga Allah permudahkan saya.. * Doakan yer. T____T.

ni nk share sesuatu untuk semua. AWAK tengok ni sekali yer..
saya idamkan LoVinG Spouse!!  cc: Nurul Atirah Bt Ishak Latfi.
menanti hari ini dan saat ini..
Ya Allah, Permudahkan lah urusan ku, keluarga dan dia sekeluarga dunia dan akhirat.
#tp jari dia x mcm nih.. hehehehhe!!!

Tuesday, July 3, 2012

haiyooo! apa celita?

Assalamulaikum.. hai semua.. tqjuk tak nak matang la plak kan? hahahhaha..
ok lah.. Alhamdulillah.. dah abes pon exam untuk sem nih.. harap habis dah paper untuk level ini. cuma nak tumpu kat tukar kerja dan siapkan dissertation.

masa na hilangkan stress, aku dok layan menatang nih.. sekali jer buat. aku xmo dah tukar2.. swee sgt menatang nh.. sape lah yg buat. hahahah.. kite tgk ape menatang nih buat katt aku arinih.. hihihi..
hahaha.. hambekkkk.. punyer besau aku letak.. make u smile and release your tension k. lop u lah.
*berdarah idung bace! hahahaha (no KOMEN)

Tuesday, June 19, 2012

INsyaAllah, Boleh BUAT elok2 tu =)

Assalamualaikum.. lame sangat aku x update kat sinih... hhohoho.. bajet buzy sgt la kan! ahhaha.. tu yang dissertation aku tangguhkan sem depan. tak larat sgt nak habiskan ontime. hohoho.. Janji aku nak spare ade duit n setle semua.. mau kawen plak rase bile umor dah meningkat nih.

HAMBOIHHH.. panjang intro nyer yerr! hahahah.. aceli aku nih dah nak final. harap2 sem ni akan habiskan semua paper tu. tak larat dah nk masuk kelas n test, quiz bagai tu.. tp *makcik tu kne sabar habiskan Degree die! malas kne rotan! hahahah(#gelak jahat).

Dalam keadaan stress nih, mcm2 berlaku.. kuatkan hati n sabar kne banyak.. kalau kite tertewas dengan perasaan sendiri, kite mesti lagi susah nak control diri kelak. So, S.A.B.A.R.

Ni aku amik sedikit masa untuk hadiahkan kepada *makcik yg tgh *kurang Stabil. huhuhu.. Awak belajar elok2 yer syg.   ni buat teman awak nanti KALAU Sttress jer k. hahah..  FINAL ni Score dan buat yg terbaik dengan usaha yang ada..  INsyaAllah, Boleh BUAT elok2 tu.

** setelah beberapa kali upload. ternyata tidak boleh..
Sbb xmo org lain tgk! hihihi.. sepecial untuk *makcik tu jer.

MOga Allah mudahkan urusan dan perancangan kite yer.. BEst of Luck for your final exam!!! ME too!! best of luck for me!! * hahaha.. wish sendirik jer.. lalalaa


ok, jom continue kerja! semua nak urgent kan? haishhh! hahaah

Wednesday, May 23, 2012

DOA

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan." SALAM REJAB, Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. AMIN.
 

senyum.. T_____T

Allah tak beri apa yang kita HENDAK, tp beri apa yang kita PERLU.. " jika ALLAH mengkehendaki kita PERLU diduga supaya menyulam kembali sejadah yg sudah koyak, berSYUKURlah dengan ujian itu.." senyum.. T_____T

Monday, April 23, 2012

Selamat Hari Lahir! #23 okay!

Assalamualaikum..
hai semua.. semalam besday budak nakal tu.. HamBOi2.. kemain lagi ayat die skang ni.. sentap mak nak!! hahaha.. mcm makayam jer kan? hahaha.. die pon same jer jawab menggedik kalau aku cakap mcm tu..hahaha! senget!!

actually, besday nurulatirah diraikan biase2 jer. xde yang istimewa.. hadiah? xde mewah2.. saya takmampu! cukup la setakat yg saye mampu.. nak lebih2 kite kawin yer! hahaha.. siap rantai basikal +rantai motor.. cincin siap pakai spoket motor tu.. tajam2.. dah la tebal.. kelas ko jah! hahahaha


setelah genap setahun kenal.. ni sambutan besday ke-2 buat tirah. Semoga kamu lebih matang mencorak kehidupan masa depan.. tapi saye nk dok depan kamu la!hahehehe..  segala kekurangan saya terima. sendawa la kuat2 kat kedai tomyam tu. x kisah pon. sbb saye kentut kat shopping mall pon kuat! hahahaha..

ucapan: selamat hari lahir ke 23. moga Allah permudahkan urusan kamu! urusan kita.. panjang umor dan murah rezeki.. aminn!!

ni lah barang bertuah yg saya pilih!! khas buat budak nakal..
risau nk pilih pjg rantai.. ok, ikut saiz leher saye! hahaha

Semoga jadi anak yang baik.. nnt jadi ******  pon baik2 jer..hahaha..

Selamat malam. dah buat entri ni baru semangat nak buat take home test!  byeee~

Monday, April 16, 2012

hoyeh3x!! MELAKA cuti

Assalamualaikum... hoyeh3x!! aniri call makcik tu.. siap nk cakap omputeh lagi..hahahha.. koyas la!! nway just nk share benda ni jer.. lately ni semakin kerap buat entri. biasa lah.. rindu kan.. sabo jer la.. love u bykk niii!!
gambo ni copy n paste jer. kalau aku yg buat compem jadi hantu.hahaha

ok bye!! selamat bercuti NurulAtirahIshakLatfi.. untung la melaka cuti arinih.. sempat jugak mengemas yer.. kalau x? bersepah ker? hahaha *LARIKKKK!!!
bye! tadaaaa..

Saturday, April 14, 2012

love u ols more and more..!!

Patience, patience. Remember, life is a journey. Enjoy the ride, and in the end you’ll see these “set backs” as giant leaps forward, only you couldn’t see the bigger picture in the moment. Remain calm, all is within reach; all you have to do is show up everyday, stay true to your path and you will surely find the treasure you seek.. =P
Assalamualaikummm.. waaaa.. starting pon dah kecek omputeh! hahaha.. nway, sakng ni sare sangat2 stress.. huhuhu.. kepala dok pikir.. kenapa lah aku tak mampu nk buat ontime. serius. aku x gerak pon lagi thesis aku. penat kot. 4 subjek yg lain lagi.. kje lagi. tp aku cuba sedaya upaya untuk memdidik diri aku spy kuat untuk habiskan sem ni jugak. aku nk cepat2 kje n simpan duit. kesian mak bapak tak merase duit aku lagi. yg sekarang ni pon cikit2 jer.. kalau x bagi pon kt kampung, aku bank in untuk adik yg kat asrama.
nk jadi lecturer. walau aku selalu cakap " sy sambung sbb mak nk anak die jadi lecturer" tapi, jauh disudut hati aku, mmg aku nk jadi lecturer. aku mmg budak jenis failure.. dan alhamdulillah.. bile dah diberi peluang dan kesempatan, kita mampu mengubah kembali keadaan. MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN AKU DUNIA DAN AKHIRAT.
salam sayang buat mak, abah n family. juga buat nurulatirah yg selalu berkecimpung dengan masalah aku.! love u ols more and more..!!

Friday, April 13, 2012

Ok, BYe! maluuu~ hahaha

Assalamuaklaikummmmmmmmmmmmm..

hai semua! saya sgt serabut dengan kedaan sekarang! saya x suka kawan yang tegur hanya untuk memastikan kedudukan mereka melebihi saya. *korang x paham? lantak p lah~ hahaha.. aku geram betol. Sudah2 la tu.. rezeki tu Allah yang bagi.. belajar tinggi2, itu ker yang ko dapat? geram nih.. geram! huhuhu.. tetibe senyum tgk gambar nih.. huhuhuhu.. rindu lak kat budak tu..  wuikkkkk..


ok bye! malu~ hahahahha

Thursday, April 5, 2012

Kan ku nyanyikan kau lagu CINTA~

Assalamualaikum.. hai semua.. hahaha.. tetibe lak hepi kan.. Alhamdulillah.. walau sem nih sangat stress.. tp nk atau xnk, mesti dilalui juga.. Allah bagi masa, maknanya Allah beri kite peluang!! GoGoGo!!  entri ni just nk sampaikan lagu pada NURULATIRAHISHAKLATFI..

nk nyanyi lagu *jambatan goyang-goyang~ hahaha.. bye! #seeet plak tgk kite berdua kalau mcm nih.. hahaha.. tp x reti lak nk main gitar.. huahhh3x!

Monday, April 2, 2012

Hiba Sayu~ Saya Perlu Kuat!!

Assalamualaikum...

Rase lame giler aku x update cerita kat teratak nih.. aku selalu jer datang sini. tp jari ni tak mampu untuk aku gerakkan jari jemari untuk menaip kisah demi kisah yang berlaku dalam perjalanan hidup aku..

Cuma nya harini seakan hati aku mula sebak.. sayu dan sedih.. macam2 masalah berlaku dan mcm2 hal perlu aku fikirkan.. Ya Allah.. besarnya dugaan untuk aku capai kejayaan dalam pendidikan dan pekerjaan ini.


Belajar FULLTIME+ Kje FULLTIME + pikir nk turunkan berat badan( already lost 16 KG) + masalah moto kesayangan lagi.. planning FUTURE lagi.. THESIS aku yg x Gerak2 lagi.

aku rasa tak mampu nk pikir semua benda ni serentak.. terlalu berat..  DAH LA tetibe jer pagi tadi motor problem... tra pon dapat tahu sbb aku takpernah lupa cerita ape yang berlaku pada aku.. dipikirkan pulak mcm nak tukar motor sbb motor ni aku jangka akan ada masalah besar nnt. kalau dah kacau engine, mmg aku tak mampu nk bela dah.

hal belajar palk, ntah xde rezki sem lepas, aku repeat satu paper. adoiiii la.. * konon mengeluh*. mcm ne aku nak habiskan 4 Subjek + 1 Disertation. Dengan kerja full time lagi.. huhuhu.. nk nangessss.. selalu jer aku ngadu kat tra.. (*menyusahkan die kan?)

DAN  lepas baiki motor arini, aku masuk opis tengahari(padahal kol 1 dah).. teringat kat buah hati nih.. byk sangat aku cerita masalah aku kt dia.. dia x sepatutnya dengar n dibebani dengan masalah aku.. dia pon perlu fokus nk study.. nk abeskan dgree die lagi. Sangat la die tabah ngan masalah2 aku.. tak semena2 die terlibat ngan masalah aku. tambah lagi ngan sikap aku nih yg selalu bt die sakit hati.. aku tak tau nk buat mcm ner.. cuma aku harap dapat satu cara yang memudahkan SEMUA penyelesaian masalah yang ada skang..

aku nk tra gembira +family gembira.. cepat2 aku nk bina family. kesimpulannyer.. cepat habis belajar, cepat la aku boleh susun semula perjalan kerjaya aku. tra pon aku nk suruh die sambung ACCA. buat la PLK pon.. aku x kisah.. kje n bt ACCA. aku dah niat akan support. die pon nk kje n die pon ade pikir tanggungjawab kt family n adik2 die.. sayang sgt kematangan, kesabaran, ketabahan die bersama aku... aku lak rase sayu bile ingat kt die mase kt opis tadi. uhuhu!!

mungkin aku bukan orang senang yg nk beri kemewahann. semua tu,  tapi aku akan cuba untuk kebaikan bersama kelak. ok, cukup. x tahan.. xmo titiskan air mata.. Love you soo much Nurul Atirah Ishak Latfi.


Thursday, March 1, 2012

bercambur baur!!

HAi.. Assalamualaikum.. hahahah.. minggu yang bercambur baur!! ape kes? perjalanan kita masih jauh.. moga kita kuat menghadapai segala ujian ini..

                                               yes! thisss MUCHHH.. #ok, gedik kan~ hahahaha

Selamat menghabiskan cuti semester. i wish u all the best for our future undertaking. tadaaa. :)

Thursday, February 23, 2012

Ada Perancangan yang lebih baik DIA aturkan~

Assalamualaikum.. hai semua..

 ape khabar? arinih ade kje ckit. so, yang lain akan di isi dengan kerja2 diluar kawalan. *ikutsukahati. hahahah .. result dah keluar. rase macam datang bulan jer sejak result keluar semlam. huhuhu.

agak la kecewa sbb bajet lepas 5 paper tu. tgk2 ade lak yang sangkut 1. adoi.. first time lak lalui sangkut paper nih. so datang blan la sekejap semalam... hoh0h0h0. nak slow2 amik hati sendiri.. hahah

Ape pon aku redha dengan ape yang Allah berikan dan aku bersyukur sebb diberi kekuatan untuk study dan kerja full time dalam masa yang sama. Azam aku nak habiskan ON TIME!! tak kire la tekanan mcm ne pon!.


syukur jugak ade ofismate yang sangat positif dan supportif!! dari kerja dekat perangkaan lagi sampai kat tempat kerja baru nih. rakan2 sangat positif dan baik. rase beruntung sgt perjalan hidup ini. walau terpaksa merasai tekanan tetapi banyak ilmu dan perkongsian mengenai kehidupan aku perolehi daripada diorang!!

 
untuk makcik, xpe.. ada rezki untuk kita nanti. doa banyak2.. sama2 kita tamatkan pengajian nih dengan jayanya. lepast u kerja dan... allala.... hahahahah! miss U la makcik. ahhaha. *gediks!

Tuesday, February 14, 2012

budak tue BUSY ~

Assalamualaikum.. hai.. baru sampai ofis. rehat kat rumah tengahari. ingat nak call budak BUSY tu. tp tertinggal plak HP DIGI! hahahaha.. mengong.. arini semakin baik. x macam semalam. semalam mcm nak meroyan sikit. kje hapak pon x buat. *konon2nyer dok pikir strategi la konon.hahahah...  jom share pic nih..


 
awak be yourself k. moga cepat elok selesema tu.. naik sengau dah dengar suara! hahahaha

ok, bye!! jumpa lagi k. tadaaa.. 

Monday, February 13, 2012

Kasih wanita krn belaiannya~

 Asaalamualaikum.. hai semua.. hario ni isnin. malas sangat nak buat kje. hati ingat kat orang jauh. die jage baby pagi nih. ahhahaha.. belajar lah elok2 jage budak kecik yer.. h=smile sokmo!!  jom tengok kata2 nih. amok kat FB! huah3.
Lembut wanita krn tuturkatanya...
Mesra wanita krn senyumannya..
Cekal wanita krn beraninya...
Patuh wanita krn setianya..
Sabar wanita krn imannya..
Kasih wanita krn belaiannya...
Lemah wanita krn air matanya...
Ikhlas wanita krn simpatinya...
Dendam wanita krn cemburunya..
Syg wanita krn sifat keibuannya.....
 hahaha.. ni die masak.. sedap ke x agaknyer? huah3.  tu sup ke masak ape tu? hahaha

Thursday, February 9, 2012

KaMu.. tengkiu!!

Assalamualaikum.. hiihi. lame x kesini.. busy la sangat.. thesis x gerak2 pon...huhu.
xpelah.. cuma nak tinggalkan sedikit nota buat budak kecik.. sebelum tido.
Hidup kita tak sama~ Ada lebih, dan ada kurang. Tapi itu bukan kelemahan. Mungkin apa kurang pada kamu sekarang, aku lebihkan. Dan mungkin, apa yang kurang pada aku nantinya, kamu lebihkan. Berkongsilah~ Walau hanya dengan satu teguran :)

understand rite??

abaikan gambar tu.. ni dari blog orang.. saiz nya xpe kalau x abaikan..haha
 
 terima kasih menerima kekurangan saya.. !!  tengkiu tengkiu!!

Sunday, January 22, 2012

Remember This~ it just the way u are..

Asasalamualaikum...
 
selamat bercuti semua.. banyak sangat nak cerita kat teratak nih.. segala pengalaman pencapaian dan kesulitan untuk semester 2.  xpe.. sat lagi akan diceritakan dalam teratak nih.. first of all, selamat memandu buat budak comey.. nurulatirahishaklatfi. perjalanan menuju kekampung.. tu jer wish nyer..hahah..
 jom kite tgk ayat nih..
Cinta tidak selalu brsama Jodoh tapi JODOH selalunya bersama CINTA... :))

xjumpe selalu pun xpe. semoga semua yang kita impikan akan tercapai.. thanx 4 everything!!
ok, safe journey dear!

Wednesday, January 11, 2012

Maggi Vs Potato ~ Skype = Tak Hengat!

Assalamualaikum...

lamenyer la x mengemaskini teratak nih... tenggelam timbul... tenggelam timbuL!! ahaha..

sekarang banyak sangat kerja.. tapi aku rase seronok sangat dengan tugas2 yang diberikan.. lagi2 bile masuk meeting dengan diorang!! perghhh.. mmg sempoi n kualiti lah..

cumanya kne lah korbankan beberapa perkara.. tp Alhamdulillah.. exam untuk sem 2 pon dah abes.. 3 paper final 1 xde final 1 lagi proposal.. yang ni nak present minggu depan..

alkisah nyer.. jumaat ni dah kne g kursus! isnin nak defend proposal.. so? kne lah kuatkan hati n buat yang terbaik. mungkin penat. tpi aku kne la lebih agressive. die plak ade exam lagi.. moga dipermudahkan untuk die jawab exam.

arinih sanga sweet.. subuh2 dah dapat call 8 kali suruh solat subuh n bangun g kje. tido kol 3. perghhh.. penat giler!! siyes.. bangun solat n trus mandi. thanx yer sebab tak pernah jemu nak kejut.. bukan xleh nak bangun sendiri.. tp tak yakin untuk konsisten. maaf la menyusahkan.. tp nk jugak die kejut..hihihi..

mlm nih die release tension.. aku kje banyak.. die baru sudah paper petang tadi. ahaha.. skype bertmankan megi ngan snack potato!! perghh.. sangat x sihat makanan.. huhuhu.. macam2 la telatah dua orang budak kecik nih!! kecik kerr~~haha..

so, dedicate this to my budak bucuk.. nurulatirahishaklatfi


abaikan tarikh. sbb aku mmg x updated pasal movie2 nih~ haha

thanx soo much!!