Wednesday, December 28, 2011

MID-VAlley~ Terima kasih.

In your arms I feel strength, on your face I see love; in your eyes I see tomorrow and all our tomorrows ever after ~♥~ Gedik kan? jhahaha


hahaha.. iminggu yang seronok.. moga kite lebih matang mengharungi masa kan datang.. stay comey n nakal k! miss YOU!

Sunday, November 6, 2011

KEIBUAN~ pernah aku lafaskan.

sikap wanita yang disukai


Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelki berasa  tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan  dalam diri masing2.

 
siyes.. wajah keibuan mmg sgt meredupkan mata memandang.. xperlu cantik2 or cun. coz wajah tu adalah semulajadi di tambah dengan perwatakan diri. sekian. jangan gelak ok! hahaha

hahah! lame di pendam benda nih... huah3.

Dimanakah Cinta...??!

----------------------------------------------------------------------
share ini~



MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.




Surat tersebut berbunyi begini:




“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

makcik yg jauh~


Assalamualaikum semua.. semakin ke siang hari.. tp aku x leh tido lagi.. dok pikir literature review. tp x reti nk start dari mane..huhuhu.. sbb aku nk partitionkan terus literature ni ikut path so that aku leh nampakkan benda ni clear. tp kepala pikir kt "org rumah" plak.. dah tido la tu.. seronok dok kt umah embah die.

erm.. actly nk share words nih.. amik kt FB kalau x silap.. just nk bagi semangat kt tyra.. semoga sabar untuk menghabiskan pengajian.. dah x lame pon kan.. sabar..x de perkara di dunia nih mudah untuk kite dapat. semoga urusan pengajian kamu di permudahkan.. ilmu itu bkn setakat dinilai pada bpe pointery  kte dpt. tp sejauh mane kite menghargai ilmu n paham..
sy yakin kamu boleh!!! family kamu sentiasa ada mendoakan kamu.. chayiyokkk!!!

ini diri kamu!! nurulatirahishklatfi~

so, jom sambung pikir literature review.. aku malas giler nk bace skang nih...
SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA>>>

Sunday, October 2, 2011

Dedikasi Lagu untuk KaMu~

Assalamualaikum semua... waaa.. lame sangatttttttttt3 x membuat entri kt teratak cinta nih..huhuhu.. maaf la yer.. actly byk sgt yang nk dikongsi dalam teratak nih.. kesedihan berpanjangan minggu lepas.. kejadian yang berlaku mase nak g interview kt subang.. topi keledr hilang mase nk balik dari kje... hal2 geng2 sekolah lagi.. adoi....
 
tp semua tu dah perlahan2 aku lenyapkan dari kotak fikiran nih.. sebb dugaan Allah ni untuk membuatkan aku lebih kuat dalam menenpuh kehidupan.. terima kasih untuk doa2 dari mak n abah.. ahli keluarga... and dia n family.  terima kasih mendoakan kelancaran penyelesaian masalah yang dihadapi nih..
 
sekarang dah masuk minggu ke 3.. semakin baik.. cuma panggilan untuk kerja masih x muncul2 lagi.. rease berbelah bahagi untuk kje n kelas. Arghhh!!! pening2.. umor dah 24. kje pon sambilan jer.. mujur abah selalu ingatkan spy sabo jer la... huhuhu.. ok, habis ringkasan kisah sebelum nih..
 
so aritu ade transfer lagi dalam HP.. terdengar lah lagu nih.. penuh syahdu.. jadi saye tujukan lagu ni buat dia yang selalu mendoakan sya. terima kasih nurulatirahishaklatfi.
lagu yang di popularkan oleh BPR: Hanya Satu
 
      
 
Di dalam rongga yang terbuka ini
Masih ada ruang yang kosong
Untuk kau mewarnai laman
Agar kembali bersinar

Tiada siapa yang bisa menghalang
Kejujuran yang engkau pendamkan
Hanyalah kau saja yang tahu
Indah istana cintamu

Hanya satu dalam genggaman
Berkasih beradu tiada persimpangan
Wajahmu terukir indah
Menjadi nadi seribu

Biarpun hujan dan ribut melanda
Aku kan tetap di sini
Tiada ku terasa gentar
Bila kau ada disisi

Hanya satu serikandiku
Harapan bertakhta penuh kesyahduan
Bagaikan bulan di riba
Terangi laman asmara

Hanya satu dalam genggaman
Berkasih beradu tiada persimpangan
Wajahmu terukir indah
Menjadi nadi seribu

Hanya satu serikandiku
Harapan bertakhta penuh kesyahduan
Bagaikan bulan di riba
Terangi laman asmara

Di hatiku.....

Sunday, August 21, 2011

a couple word I want to say

........................................................................
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you..

And theres a couple word I want to say
.............................................................................
cepat la pulang dfari kje.. kje kuat2 mcm  la nk cari duit untuk kawin!! EEeee..huah3... ok, Ahakz!!
 
layan full lirik yer..
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
 
 
ni words yang sentuh2 gitew dalam lagu mahir zain.. nk letak full.. tp kne la tgu jadi....~ hahahaha

Wednesday, August 17, 2011

Aku pilih derita..

Salam semua.. salam ramadhan.. arinih cuti nuzul quran.. alhamdulillah.. kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi tuhan ini. semoga mendapat keredhaan dariNYa. amin.

actly bangun tido tadi nk siapkan kje yang tertangguh, tp rindu bangatttttttt kt teretak nih..hihihi.. nk rindu kt mak cik, die BUSY sangat keje arinih.. wawawawa.. ok lah, just nk share sepatah dua rangkap dari lagu DERITA MERINDU.. actly, lagu nih maksud die lain. so, aku dah amik words yang aku nk jer~ hahahaha.

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
....................................

Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

buat staff guardian shif pagi 17 ogos 2011, jusco cheras. hahah~

Saturday, July 30, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA!!!

Salam, hai semuaaa!!! buat ape tu? tgh kje kt Jusco ker? hehehhe... [dah start dah merapu...hihihi]

Den nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan pada semua pembaca setia teratak den nih (hehehe…perasan tak habih).!!!


ni kali keseterusnya berpuasa jauh ngan family.. dulu mase sekolah puasa kt pahang.. diploma puasa kt kelantan.. skang selangor plak.. tgu adik den free, nk ajak die balik umah.. leh la berbuka n sahur ngan mak n abah.. aish sudah tentu!! hahaha... so, selamat berpuasa lah semua yer!!! den nk mintak maaf pada yang dah lama mengenali diri.. kawan2 sekolah.. kawan2 diploma.. kawan2 kek palong.. kawan2 kt shah alam.. kawan2 semua!!! selamat berpuasa..

Ok lah, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan maafkan saya andai ada  tulisan saya atau kata-kata dan perbuatan saya yang megguris perasaan anda, maafkan saya. Semoga ibadah kita mendapat keberkatannya. Insya Allah. [versi skema]huhuhu..

                                              macam pak arab x? huhuhuhuh..


buat mak n abah, tunggu la yer "tukang makan" ni balik rumah..ehehehe.. mak cik kt cheras.. selamat berpuasa.. kirim salam kt family.. pertama kali kan kita? haha.. goes with the flow.. insyaAllah..

puasa nih orang cakap masa nk menurunkan perut2 n berat badan.. dah 23 tahun umur.. x pernah puasa jadi kurus..huhuhu.. jadi, tahuun nih nk jaga makanan sbb mase raye nnt ofcoz  makanan tu masuk sampai TIDAK BOLEH DIBENDUNG!~huhuhuhu.. waa.. kne kurus ckit nih..hahaha[berangan + semangat!!!]
habit aku yg ske koroek2 idung pon kne bendung skang nih.. dan untuk harinih.. xde hasil bijih aku keluarkan.. masih dalam latihan dan disiplin untuk mengikat tangan2 aku nih..hahahah..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA!!! to my rumate, ayuh.. puasa jangan tak puasa...

Terima KAsih DiGi..

Assalamualaikum semua... selamat hari minggu.. arinih sangat la menghabiskan masa.. rase x pernah rase lapang mcm nih.. sungguh selesa aku bergolek2 sambil tgk muvie citer kanak2.. tajuk MATILDA.. hah!! seronok giler..

Actly arinih hari sabtu.. makcik lak kje.. die cuti semalam.. tpbusy BELAJARmasak.. dok dapor lame giler.. so, mase yg same aku g  melantak roti canani ngan shaik..hahaha.. dah lepas kol 12 baru dapat call.. thanx digi coz bantu kami mengenali satu sdame lain.. ape yg die cakap, just be your self.. so, berginilah diri aku.. sengal.. ngade2.. byk cakap.. terime jer la seadanya yer.. hahahha...
terime kasih digi.. hahaha.. promote sekali nih.. so, digi kne la bg aku lebih adiah kan..
so, bleh x aku nk request hadiah skang??
1. xnk banyak, sile lah hadiakan kami pakej ke korea.. sebb kami mmg berniat nk g sane.. hahah
itu jer.. nnt bile buat promosi lagi, aku request hadiah lagi k.. TQ DIGI~... hihi

                                                  abaikan kanak2 tu..
                                                  adakah kami secomel si KUNING tu? hahahha~

Wednesday, July 13, 2011

WanItA itu~

Women wish to be loved not because they are pretty, or good, or well-bred, or graceful, or intelligent, but because they are themselves

CiNTa

Cinta dan setialah pada seorang biar pun dirimu punyai hak untuk menyintai lebih dari 1 kerana andai 1 itu lebih baik dan memberi ketenangan bagi mu......" keluarga sakinah"

Hidup x semudah difikirkan~

Assalamualaikum.. hye semua.. maaf lame sangat x update kt teratak nih..
sebenarnyer byk sgt nk di kongsikan.. tp ade sesetengah perkara terpaksa dipendamkan.. sbb aku tahu ada orang tertentu bace teratak nih.. hahahha.. so, aku mls nk stress2 kt teratak kesayangan ini. lalalala..

Alhamdulillah.. keputusan sem 1 dah tahu.. tp xlah baik sgt.. mungkin Allah nk aku usaha lagi.. tp aku rasa aku dah buat sangat baik mase final aritu.. keputusan makcik pon same juge.. insyaAllah.. boleh dibaiki kelak.. same2 usaha dah habiskan study ni dengan baik.. Amin..

sekarang ni aku kje sambilan dekat perangkaan selangor.. enjoy jer + banyak yg aku belajar untuk kumpul data.. so, gaji yang dapat nih boleh la aku guna n simpan ckit..hihi.. tp yg penting harpan untuk bagi gaji pertama dah tercapai.. mase tu bagi kt abah jer.. abah mcm xnk amin.. die tahu aku bukannyer berduit sangat.. gaji pon x seberape.. so, aku pon ckp la.. " tahu la ckit.. xkan x sudi...".. terus abah amik.. aku sangat gembire kot!!

sekarang ni rasenyer hubungan ngan adik beradik n family sgt baik.. berbeza sangat mase dulu.. dulu busy belajar.. masuk asrama pon aku dok pikir kawan2 jer.. so, sekarang nikmat keluarga tu aku sangat hargai.. Alhamdulillah.. ni jer la cerita aku..hahaha.. jap lagi post yg lain.. nk korek idung jap~~ hahahah

Thursday, June 16, 2011

YoU touched my Life in a special way..
Much special then what i expected..
Though i don't know..
How special i am to you
but you are always special to me...

Friday, May 27, 2011

~Duhai Hati Yang Sedang Merindu~

Assalamualaikummmmmm... hai kawan2.. setelah berlatih menaip..hahah. mucul satu lagi entri.. sebb aku google jer..hahah.. actly entri ni aku ambil dari blog sebutir hati sejuta sayang.. kadang2 manis bercinta tu kite sampi melupai perancang segala kejadian dimuka bumi..
jadi aku share kan ayat nih~ selamat membaca..
 kami juga turut memohon untuk perhubungan ini.. :)
[mmg kite x boleh terlalu ikut perasaan]
Wahai hati yang sedang merindui.....

Kadang kala apa yang kita ingin kan
tak sama dengan apa yang kita harapkan,
Adakalanya apa yang kita harapkan,
tak akan sama dengan apa yang kita impikan...

Ini kerana impian hanyalah suatu ilusi,
harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita kecapi,
sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.

Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,
bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,
memberi kita kekuatan dan makna dalam sesebuah perhubungan...
Wahai Hatiku ,
bermohonlah engkau kepada yang satu....
Ya Allah,
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
dan Jika dia bukan miliku
Damaikanlah hatiku dengan Ketentuan-Mu...

abaikan gambar.. sila ambil kata2 itu.. padaNYA jua kita meminta kan?


sudah pasti kite xleh nk nek basikal... hahah!!
** sbb kite same2 meminati motorbike! huahhhh3..

ok, gambar ni lucu.. tp jgn koya ngan mata patung gurl tu okay~ haha.

sebenarnyer rase gembire sangat bile buka email tadi.. Alhamdulillah.. makcik pon mempunyai impian yang sama.. lihat dan terus simpan dalam hati.. terima kasih byk2!! Moga allah perkenankan doa kite.. amin..


menaip pon mcm dah patuk2 ayam..hahaha..

Assalamualaikum~ hello kawan2.. hyeeeeeeeeee.. hihihi.. lame dah x update.. sebb ape? busy ngan hal rumah tangga.. (koya3x!!!)hahah.. Alhamdulillah.. keadaan diri semakin bagus.. cuma kepala masih berfikir untuk bertukar kerja.. alasan?
1. sebelum nk masuk ke cabang akademik, aku ni ade pengalaman dulu.. (membawa harapan emak) doakan saye..
2. mahu simpan duit.. xkan tgu habis blajo baru nk simpan kan?
3. kali ni x menuntuk aku untuk habis on time..
4. aku perlukan mase untuk rancang mase depan juge.. xkan belajo jer kan? xkan abah nk support lak sem depan.. malu ler..huhuhu
5. umur dah meningkan.. jadi pandai2 la fikir.. huhuhu* abah cakap, buat la mane yg terbaik..

ni permulaan entri sebagai latihan menaip dan menjiwai masa sambil membuat entri..hihi.. lame sgt cuti.. ok lah.. miss my makcik soo much!!  selamat bekerja bulan depan yer.. moga dipermudhkan untuk kite.. amin.

aku menaip pon mcm dah patuk2 ayam..hahaha..
**sila abaikan warna jari pada gambar ini~ hahah..

Friday, May 13, 2011

Terkadang aku~ haishhhh!!!

Salam semua.. hahah.. siaht yer.. selamat hari jumaat.. erm.. magrib tadi rase ngantok giler.. tp skang x ngantok.. sbb layan citer kartun..huhuhu.. serabut pikir pasal nk kje + tukar mode pengajian + belakang badan gatal2..hahah.. macam2 hal!! huhu.. buat2 rilek jer.. walau sedikit cemas kan..huhuhu..
oklah, mlm nih sedikit sunyi.. tp kite hayati kata2 ini.. copy n paste dari group di fb.....(xleh bgtau)hahah

Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu..
Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap..
Pasti dirimu kan memahami,
Harapan kasih yang terbina..

ape ntah makne ayat nih.. biru mate hitamku bace..haha

tadaaa...

p/s: seandainya kau jua turut merasakan yang sama.. :)

StEp bY StEP

Jika kita berada di puncak dengan cepat tidak mustahil kita akan jatuh pun cepat jua, kerna dalam tidak sedar kita mungkin memijak orang lain agar kita lebih tinggi di antara semua dengan megah..Berbanding kita berusaha sendiri menyusun bongkah2 batu kehidupan sedikit demi sedikit tidak tahu penat dan lelah mamanjat tali pengalaman dengan usaha dan Doa InsyaAllah kejayaan akan kekal selamanya dan di sukai semua.....

Wednesday, May 11, 2011

Biru Mata HitaMku~haha

Assalamualaikum... hai semua.. buat ape tu?? selamat berpetang2 yer..hihih.. ucapan ni untuk semua yg tgh rehat petang nih... ok la.. bile kite kenal seseorang.. kite nk kenal die betol2.. so, skang nih.. nk try sesuatu.. kite tgh lagu nih.. rasenyer makcik begini orangnya.. ok la.. enjoy this lyric!! tadaaaaaa.. lagu berduet nh lagi best dari solo..hahaha.. tetibe lak layan kan~ biru mata hitamku bile dengar lagu omputeh nih..hahahah

Nat King Cole & Natalie Cole - When I Fall In Love

When I fall in love it will be forever
Or I'll never fall in love
In a restless world like this is
Love is ended before its begun
And too many moonlight kisses
Seem to cool in the warmth of the sun

When I give my heart it will be completely
Or I'll never give my heart
And the moment I can feel that you feel that way too
Is when I fall in love with you.

And the moment I can feel that you feel that way too
Is when I fall in love with you.

ok, itu jeer~ tadaa...hahah

Monday, May 2, 2011

''KaSih'' DI Cuit~~ haHaHa..

Assalamualaikum semua.. aku masih kt kampung..hehehehe.. esok dah nk balik shah alam..  x gembire sangat pon nk balik sane..huhuhu.. fikiran pikir kt cari kje.. actly next week ade seminar bersame senior2.. diorg present disertation. pergh!! mesti cuak kan.. turn aku?? ahhhh... xnk pikir lagi.. tunggu pada masanya nnt, baru pikir..hahaha..teks doa dah siap.. tinggal nk tgk teks MC jer.. tu pon tunggu esok..
actly arinih xde bt pape yg best selain tdo..uyhuhu.. ok.. sakng baru siap tolong adik siapkan assignment die.. tajuk " kerjaya pilihan.. die pilih bidang pereka fesyen... sesedap hati jer aku bedal..ahhahaha..

erm. actly nk share sesuatu.. tp ntah la..hahah.. kadang2 kite selalu mengimpikan kegembiraan dalam hidup.. tp kite kurang sedar bahawa sesekali kite akan diuji.. moga kite positif dengan ujian2 yang kite akan lalui..


sile fokus dengan exam okay! jgn pikir hal2 remeh temeh. sebb kamu cukup matang untuk memikirkan hal yg berlaku.. ( aceyyy.. confident jer kan!!) hahaha... best of luck for your upcoming paper..!! bitaufiq wannajah.

dengan ikhlas dan sederhana..









*tradisional okay**ha..


regards
pakcik..

Sunday, May 1, 2011

Assalamualaikum.. hye semua.. i am home!! yehaaaaaaaaa~ hahaha

kaca mata.. secomel ini kah? hahah! ok, x yah gelak..haha

Saturday, April 30, 2011





Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

nota kaki : makcik dah faham ape yg berlaku skang kan? terima kasih untuk segalanya!

Wednesday, April 27, 2011

manusia:: penuh dengan corak n warna

"Perjuangan ibarat tiram di laut dihiris pepasir tercalarlah ia sungguhpun terluka tapi dipendam sungguhpun pedih tapi disimpan akhirnya
dibalas mutiara berharga." ..

kan tersenyum bile kite dapat mutiara..hihihi (mostly perempuan)


makcik. wish u there!! hahah~ tp kt korea xde mcm ok. haha..

P/s: dalam bersahabat pon ada perjuangan..
bersabar lah jika dihiris pepasir jika kite mahu menjadi mutira itu...
lumrah manusia ni penuh dengan corak n warna (kerenah)..

Monday, April 25, 2011

Sweet nEsLo ~~

Assalamualaikum.. hai ape khabar semua.. waaa.. baru sudah hantar esemen. kali nih hantar hard copy. hoh0h0. sbb dah 4 kali hantar gne email. tp lec x received. huh!! 50 markah x cukup besar ker nk rebut.hahaha..

ok tadi dah paper ke 3. Alhamdulillah.. Moga Allah permdahkan untuk paper esok pula.. agak tenang ckit tadi.. terima kasih untuk doa2 dari mak n abah. lepas solat subuh, terus sms mak n abah. thanx to makcik sbb make sure sy bgun awal, solat n prepare bace note. die tau2 jer aku tgh serabut..huhuh.. BYK KOT NK COVER.huhuhu.. ckit jer la aku x best. sebb selalu jer dapat meja yg tertanggal. nk padam siap bergerak2 meja tu. adoi ai.. aku pon satu.. dah memg semua paer aku dok meja yg same.hahah! sengal juge. tp aku x nagantok la dok meja tu. sbb gelak sendiri bile meja tercabot.hahaha...

so lepas hanto esemen. now nk study plak. tp ngantok giler. x pernah before nih tdo x cukup untuk exam.huhuhu. bwertemankan air neslo n lagu2 penenang jiwa. tired sgt... x larat weh.. ok.. tujuan entri nih nk share air neslo aku jer.. ahhaha ok. nah sile dengki okay!! ahahahah
dedicate to makcik.. thanx u soooo much!!! sile suke iar nih ok.
(diri sendiri minum dalam plastik jer)huhuhu.

bile dah dapat neslo nih.. ahahaha.. masyuk jer kepala kan... mmg layan la..hahaha
google punyer google.. ini yg aku dpat..yeay!!!


cantik kan? tetibe lak minat.haha.. makcik yg warna pink tu! haha..
motif.. meriah n ceria..huah3.
i am the purple one! hehehe
ok lah.. tadaa...

Saturday, April 23, 2011

SENJATA yG DiLupA - DOA

Salam.. heheh.. harap semua sihat dan cergas.hehehe. selamat hari sabtu..
ok, skang nih musim final.. of coz la masing2 dok serabut.. semalam aku paper ke-2.. pergh.. mls nk komen.huhuhu.

ok, sedikit perkongsian untuk musim final nii.. cuba kite renungkan n imbau kembali, berapa ramai yg tadahkan tangan dan berdoa sebelum memjawab soalan??mmg ada... segelintir kan?? sedangkan kite tahu doa itu adalah senjata. kite selalu mintak markah n grade tinggi kt pensyarah.. tp kite lupe mintak kt Allah.. sama juge mcm mencari kerja n jodoh*teettttt..haha. (serius)... APE?? bt dalam hati jer.. MALU org TGK.. ( hahah.. boleh pulak malu nk berdoa kan??) meh nk sekeh sekali..huhuhu.  konsep yang tidak betul. mmg kite berurusan dengan pensyarah kite semasa belajar. tp segalanya dibawah peraturan dan ketetapan Allah. mohan lah padaNYA.

 mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk bercakap tentang ini, tp kita boleh saling ingat mengingati.. (x kisah la aku copy n paste doa2 nih.. walau aku x hafal)..Alhamdulillah.. aku dah amalkan sejak belajar.. kawan2 baik pon selalu ingatkan.. DOA kerol.. DOA kerol.. moga2 sedikit usaha ini dapat memberi sedikit hasil pada kita semua. SELAMAT MAJU JAYA.

Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

…mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu…
(Surah Al-Mukmin ayat 60)

 doa ni aku amalkan.. abah yang ajar..hihihi.
 robbi yassir wala tu'assir (diberi kemudahan), robbi tamimma bikhair (hasil akhir yang baik),

la haula wala kuwwata illa billa hil aliyul adzim (tiada daya upaya selain kekuatan ALLAH SWT)

-bertawakkal padaNYA-

 
sumber ( encik google + azhaan brothers shop)

Thursday, April 21, 2011

Entri Buat KAMU.. a.k.a makcik~ hihihi


shaik: kunci pertama.. NA bukan name sebenar..
kerol: ko ape hal?? hahaa..
motif ngan entri?ahhaha

Before the clock strikes twelve let me take the opportunity to let you know that you have grown a year more… wait!!! see~~...

Somebody up there Loves you
Somebody down here cares for you
Happy Birthday!!!
22.April 2011.. sweet 22!!

Allah selamatkan kamu, Allah Selamatkan kamu, Allah selamatkan kamuuuuuu, Allah selamatkan kamu!



Semoga kamu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan kebahagiaan serta kesejahteraan di dunia dan Akhirat. Dan dipermudahkan segala urusan hendakNya.. InsyaAllah. menjelang perperiksaan sem nih. moga dipermudahkan menjawab soalan dan peroleh kejayaan.

moga entri kali ini boleh diterima sebagai hadiah buat kamu selain doa dari mak ayah dan sahabat2.. dalam kesibukan kamu menempuhi perperiksaan, begitu byk doa2 di sampaikan oleh kawan2.. moga2 doa itu di makbulkan Allah.. AMIN..

 penggunaan bahasa yang skema amat menyukarkan saye membuat entri ini. gambar x perlu letak sbb kamu akan lebih selesa kan?hehehe.. thanx!!! :)


p/s: inilah yang  mampu di coretkan buat kamu.. tiada hadiah mewah2.. tiada hadiah besar2.. tiada suprise2..tiada makan2 besar.. tiada gayut2 di talipon.. tiada..... tiada.. tiada...
 hanya sebuah entri yang ringkas n simple

SELAMAT HARI LAHIR  NURUL ATIRAH ISHAK LATFI..a.k.a makcik!! haha


tadaa...

Memburu IMpian

salam.. hehehe.. xde pape yg nk di kongsi.. mungkin hanya perasaan n hati..
bak kata ahmad zaki, jgn pikir sgt.. kite doa untuk kawan2.. moga sama2 peroleh kejayaan...

MEMBURU IMPIAN!!!

Gud luck untuk final exam.!! gambate3!!!

Friday, April 15, 2011

manjanya bukan untuk semua

Assalamualaikum semua.. ape kahbar semua.. just nk share sesuatu.. actually garapan nih dah pernah post pon before nih.. tp kite layan kan jer ok!!! dedicate untuk orang di cheras. ptg nnt 'kite' jalan2 kt tasik okay~ hahahah [dushh!! singgah penumbuk sekali]hahahahaha
 
location :: cheras>> tasik permaisuri.. :)

Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...

seorang gadis itu...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua.
 
oklah.. sbb ade internet nih, semua kje x jalan.hahaha!!! DM= data mining amat pening.. x reti meh.

Dedicate :: pengKARAOKE yG Kedekut. hahah

Assalamualaikum. selamat pagi.. salam jumaat semua.. cepat2.. nk pukul 9 dah.. ade temujanji lepas nih..huhuh.. ok, just nk share lagu ni je... actly bile hari2 dok dengar lagu nih, rase minat plak. acey!! padahal mmg suka... dedicate dis song to you.. ok, moga kita dipermudah kan urusan dunia ini. jom layan!!! tajuk entri?? ahahahah.. xde kene mengena!! hahaha.. ckit jer la yg kne pon.. die g karaoke, mintak satu lagu.. die bagi "jambatan goyang2" OMG!!! berani la kamu.. ahahha

motif gambo nih?? hahha... senym! x perlu kata apa2.. senyum!ahaha

Dengarkanlah - Glenn Fredly and Amy Mastura

Kasihku hanya kau saja dihatiku
Hanya kau satu yang kurindu
Setiap waktu tak pernah rasa jemu oh...

Saat kau tiba terasa sungguh bahagia
Jalinan indah mesra bersamamu
Seindah cinta yang pertama

Reff: Dengarkanlah bicara cintaku
Aku ingin selalu disisimu
Dengarkanlah bicara rinduku
Pinta hati ini yang ingin bersamamu...
Selamanya...

Senyum tawamu terbawa s'lalu dalam mimpi
Hingga tak mampu untuk kulupakan
Dan sering didalam ingatan

Back to Reff :

   Biar dimana berada, biar simpankan saja
   Rasa percaya menjadi indah
   Akan tiba menyatu akhirnya
p/s:: bila rindu itu bertandang.. erm.. hanya doa2 pengiring segalanya..
intro lagu ni slow.. tp part chorus die, hahahah.. layankan ajeer..aha

Monday, April 11, 2011

KAWAN vs LAWAN

Asalamualaikum.. xde ape nk cakap. mmc xde mood sgt. kje berlambak. mlm ni present.. tajuk HALAL FOOD.. take home tet xdapat2 lagi.. final nk dekat..waaa.. takot..

di sebalik ketakutan itu, sedikit hati ini terkesan dengan tindakan individu.. baiklah.. aku cuma nk cakap rezki tiu adalah hak masing2.. jika Alah dah nnk beri pda seseorang.. kite doakan yang terbaik untuk org tu.. ok, xnk pjg2.. sbb makin kuat aku tekan key board nih. huhuhu.. bye!!

Rencah dunia, kita tidak tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN..
Sehingga saat kite JATUH TERSUNGKUR..
adakah TANGAN DIHULURKAN atau DITINGGALKAN..
~moga ALAH memberi Barakah pada kita~

Budak Kecik:: kamu masuk kategori mane?? kawan ke lawan?? hahaha
                    :: love this word ""just da way you are.."" x yah nk ngada2 ok!! ahahah
                     ( balik mlm ni kne siap dengan senjata) tadaaaaa....

Thursday, April 7, 2011

saje2..( achey!!!)

salam semua...
haiyooooooo~ hahaha.. manyak nagntok meh!! hihihi
 just to share this.. xde makna ape2 pon.. saje2..( achey!!!)
tadaa.. itu ajeer..

Wednesday, April 6, 2011

alamak.. lari~hahah!!!!

Assalamualaikum semua..hihihi.. hye budak kecik.. ops!! [lupe pak arinih mrah2 dari subuh tadi]huhuhu
erk.. amik n betolkan mood arinih sebelum bt esemen yg nk kne hantr mlm nih!! mls betol nk interprate pjg2.huhuhuhu....
ok, rentetan dari kisah mlm tadi berlaku la sedikit seranagn dan perdebatan antara dua negeri. selangor n melaka. owh.. beranih x nk tolong kejut... huhuhu
6:40- 8:00 pagi!!! adoiyai~hahaha.. padan muke aku kne serang.. xpe3.. dah kne prepare senjata2 cangggih skang nih...hahahah tunggu la!!!!(amacam, takot x?? ahahah)

ACTLY, ssangat yakin kamu xkan biarkan saya begitu.. TERIMA KASIH.  tepat 6.30!!!
just the way you are.. thanx!!
motif gambar?? erk.. yg ni putih..hahaha

ok lah.. x baik perang2 nih.. good luck present!! mau bt esemen.. tadaa..
P/s:: kalu ucop welchair pon takot ngan hantu kak limah.. ini pula kite!!! hahahaha
alamak.. lari~hahahahah


Monday, April 4, 2011

Just The Way You Are~~

Salam semua!!! selamat hari isnin.. hihih~ esemen aku berlambak lagi x siap!! berani la aku nih malas2.. eh.. x malas la.. take time amik mood jap..hihihihi~~

mata makin la x best skang. ngadap laptop jer..( esemen + FB + journal + ulat2 simbol matematik tu) bikin aku jadi mcm pompuan okay~ huhuhu... tp alhamdulillah.. on progress.. pagi nih nk buat multivariate lak.. x byk la palk kan kire2 die!! huhhuhuh..

ok, tajuk entry pon dah tahu pasal ape~~ hah!! amik aku..haha... thanx untuk lagu itu.. boleh tahan la.. i learn more now.. learn more.. nk tahu ape yg telah dipelajari ttg budak kecik??? semua dala satu lagu!! complete~ haahaah...
Fynn Jamal - 150 Juta Lirik

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
Tapi dia jelas, jujur apa adanya

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“Saya mungkin baran tak kira masa”
“Tapi saya tahan kalau yang salah saya”
“Saya mungkin saja keras kepala
“Tapi saya manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Lirik Lagu 150 Juta Fyn Jamal @ Lirikami
 
nak gelak lak bile dgr lagu nih.. tapi muzik die slow sgt.hahah.. tp liirik die JUJUR giler~ haha
PS:: Sory pasal game malam tadi~ nyaris2 okay!!! hahahaha

Saturday, April 2, 2011

Perkenalan kita~~

salam... hai semua... sihat?? how was ur weekend?? cuaca panas kan?? huhuhuuh
tambah2 dapat msg dari budak kecik.. amboi3!!! last msg die.. ermmm.. terima jer la ngan redha..
 
tp nk share pasal lagu nih.. heh!! bye.
 
Bila April - Fazley

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/04/lirik-bila-april-fazley.html#ixzz1ILsjojM4
 
p/s:: Rahsia kita berdua~~
p/s:: saya rindu kekaseh gelap!! syam cepatan pulang shah alam dong!! huhuhu

Friday, April 1, 2011

hopefully~




bdk kecik!! xde mood eh?? sampi nk penampo2?? hahaha.. takot woo.. heheh
hope this make u smile.. tada.. nk g solat jumaat..
SMILEEEEEEEEEE...
hopefully.. thanx budak kecik!!

Wednesday, March 30, 2011

티라 쓰에 날 = Tira mi su = TyRa Me Su

Just share with u all this..


티라 쓰에 날 = Tira me su = TyRa Me Su
tira-me-su

ok.. lagu ni untuk tajuk diatas... aku amik mood nk google info.. hihihi

~Aizat: susun silang kata~
Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

ok. kembali semangat!! jom searching... moga dipermudahkan segala buat KITA.. amin.

Tuesday, March 29, 2011

Allah Tidak Pernah Penat~ kite penat sgt ker berdoa??

salam.. hai semua.. ape khabar... entri kali nih nk share pasal e-hadith.. xde pae nk cakap.. sila baca n dapatkan falsafah dari ayat yang di berikan..  ::

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.

Moga kite sentiasa di bawah rahmatNya. amin. nnt saya post lagi ya.. tadaa.. wsalam.