31 Disember 2010.. masing2 dok berkata tentang azam tahun baru.. anda pula mcm ner? hihih.. tadi bace kt Fb.. siap ade nk kje baru, imej baru, kereta baru, 'status' baru.. mcm2 hal lagi..hahaha.. kawin yg baru xmo ker? hahah
ok, sebelum ke tahun baru, kite lambaikan kepada tahun 2010.. TATA!~
sejarah 2010.. lupakan dan jadikan pengajaran.
padamkanlah ia wahai ombak.!!
OK, SELAMAT DATANG 2011~
ok, AZAM BARU..Memang saban tahun, azam yang kita dengar lebih kurang, simple nak jadi baik, lebih rajin, lebih tekun,..bla..bla... MAKNA KATA, kiranya, azam ni sangat berkait rapat dengan impian, keinginan, atau sesuatu yang kita ingin capai. Kesimpulan awalnya, azam tahun baru ialah apa yang kita nak capai dalam tahun baru tu la, sepanjang 12 bulan atau 365 hari yang akan datang ni.. kamu semua dah siapkan list ker? hahah
ok, aku punyer agak la byk juge!! siap orang nk masukkan dalam list aku lagi!!
aku pon paham ape yg diorang nk masukkan tu!! ohw tidak!! hoh0h0..
Adapun kata “letakkan impian di bintang, jika tak mampu mencapainya, setidak-tidaknya anda mempu menggapai bulan” .. mungkin saya ada lima impian tahun depan. biarlah disimpan di dalam hati agar sentiasa dekat untuk diteliti..hihihi... (mcm xnk bg thu kan?)hahaha
Jadi saya mahu lakukan yang terbaik.. untuk diri dan keluarga terutamanya.. hihih.. amin.. mudah2an..”Orang yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai Allah ”Azza wa Jalla adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunasi hutangnya, atau mengusir rasa laparnya.”(HR. Thabrani)
Saya sudahi post kali ini sengan sepotong ayat Allah...
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya..(Ali Imran 159)
terima kasih untuk hadis ini yer dan pengisian nyer. saya kongsikan di sini.. :) .. iltizamsyabab
BULAN MEI.. seperti yang telah dinyatakan oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah melalui kajian beliau selama 25 tahun. Ramalan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan, tetapi janganla percaya bulat-bulat...
ok, selamat maju jaya.. kita masih ada masa hendak baiki diri kita.. :)
Bulan Mei
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran
yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati
orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik
dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap
pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk,
bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat,
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu,
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang
tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik,
kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta
melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam,
tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.