Sunday, October 31, 2010

SeRaNG dan PEraNG di MuKa BuKU!!!

salam..
aku xde ape nk cakap arinih.. sedihnyer hanya penyokong N9 jer tahu..
tp aku bangga dengan semangant mereka. aku bangga dengan peranag2 penyokong N9!!!
kalian adalah ygang terbaik!!! xperlu cederakan pemain lawan, xperlu sepak2 pemain lawan, xperlu baling2 botol, xperlu mercun2..



seakan aku masih memujuk diri untuk menerima kekalahan tadi..huhuhu..
mula lah peperangan aku dah "mereka2" di laman sosial facebook. hahaha
ni antara yang berlaku dalam sekelip mata..

hahaha.. oklah.. semakan sukan. past is past. moga mutu pemain akan lebih baik mase akan datang.

bt negeri sembilan, tahniah kerana berjaya ke final. dan tahniah kerana berjaya melahirkan  pemain2 muda!!!
congratz!!! love u ols..

salam mesra dari WaNDoT.

Saturday, October 30, 2010

Hukum Cincin, Gelang dan Rantai bagi lelaki

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah  memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
(Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.


~ mane la ilmu die dapat pakai mcm nih~

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

erm.. byk dalam cerite2 nih!!!

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )


Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar  PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan  untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”.  Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut  Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja.  Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

fesyen la sgt!!! alamkkkkk ai~

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan  mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.


salam perkongsian dari WanDoT

BilE DiEt itu di TuJU kt aKU..

salam..
hah!! ni mmg panas.. tp aku pure2 la cool..hahaha
hampeh.. ngan keserabutan report, aku masih lagi gagah utk teratak nih..!! Aigoo~ahahha
next month ade konvo! semestinyer bdk2 batch aku.. aku jer kne tinggal.
[aku dah bt kptusan mcm nih, so kne lah terima]hahaha

" kerol, sile lah hensem2 waktu konvo. selim2 ckit" hahaha.. statement ko..
dua perkara aku x puas hati:
1. ko mcm perli aku jer eh!? nk selim2 ape nyer? bior lah CUTE mcm nih! hahaa
2. ko mcm x ingat lak yg aku konvo sem depan.!! tgh bt report kot.huhu


 mase mude2 zaman dulu kaler...
pergh!! aku kah~

menyorok di belakang replika cek! nampak jugak!! hahahha

yg terbaru?? xyah la.. tgk jer aku yg sekarang nih..hahaha
[berani ko sengeh n gelak2 mase bace nih!!!]

xpeh. aku harap konvo aku nnt ade cute + selim..hhaha

SaHaBaT SeLaMAnYa!!~

salam..
kje makin berlambak kt ofis..due dah sampai.. report lagi.!!
kalu org ni bersalin nih, kire masuk wad dah nih~ [ntah pape jer] huhuhu

ni dok progress report lagi.. slow mcm kure2 la aku bt semua nih.. leceh betol!!! huhuh
tp, dah ni la yg tinggal utk dapat degree.. relakan saja diri ini.. moga segalanya dipermudahkan.

ok, on track. tgk tajuk tu ade lahbenda yg aku nk share..
sile lah bace n fikirkan bait2 lagu ini.. :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
lirik lagu Sahabat Selamanya, Padi.
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

lagu ni soundtrack upin dan ipin yang baru ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lagu ni macam simple, tp penuh makne..
tp sahabat mcm ner yg akan bersame kite? mase kite senang dan susah? masa kite perlukan pandangan? atau sekadar mendapatkan sesuatu dari diri kita, kemudian hilang?? moga dijauhkan untuk aku peroleh TEMAN RAPAT seperti ini..huhu

Thursday, October 28, 2010

My Bel0VEd ADZRYNA~

salam..
lewat petang tadi my lovely sister call. tp selalu kuar no telepon publik. tp kuar mc no HP plak.. apekah??
adakah aku ketinggalan zaman.. atau dah lame x gune telepon publik?? oh tidak!! moga kredit telefon aku akan sentiasa ada untuk mase2 yg mendatang..huhu


[my family.. syg kalian semua!! abg ipar xde lak.uhuh]

[mase ni mcm montel ckit..hahhaa]

to my lovely sister, adzryna. GOOD LUCK for your FINAL EXAM..
wish you all the best!! bi taufiq wan najah! akan ada hadiah setimpal dengan usaha kamu kelak..

u noe wat, hajat mahu belajar diluar bersama kamu semakin tebal sejak kamu ke MRSM.  3tahun lagi kamu akan habis. hanya mampu mendoakan yg terbaik untuk kamu. sikap dah tingkah kamu yg selalu membuat panggilan pada family amat menentuh perasaan.. huhu.[ dlu angah x pon bt mcm nih. tu yg jadi degil tu..huhuhu]

kecemerlangan perlukan usaha, dah sertakan sekali doa pada Illahi. kemudian tawakallah setelah cukup berusaha.

HeY!! iTu AKu~

salam..

jam 2.30 pm.. 28/10/2010
dah masuk balik waktu opis.. aku mengantok giler!!!huhuu
x kuar makan tghri coz sakit perut.. 3 kali masuk "opis"huhuhu...
sgt x larat.. kekaseh gelap kuar g site.. tinggal aku sorang..huhu

credit to che sue !!! coz ade gambar nih..
AKU KAH ITU?? heyyy!! huhu

terima kasih sahabat semua.. moga kalian semua sentiasa mendapat rahmat dari NYA.. berjaya di dunia dan akhirat.. amin..

SeLAMat MeNUNAIKAN IBaDAH HAJi..

salam..
ni adalah rentetan dari post yang sebelum nih.. :P
seakan aku sukar untuk melelapkan mata selagi post ini x dikeluarkan..huhuhu

teringat lagi sesama aku mengikut keluarga menghantar abah untuk ke masjid tabung haji kelana jaya.. laungan talbiah dari almarhum atuk mengiringi permulaan pusingan roda kereta... mungkin mase itu aku masih x mengerti.. walau aku dah form 3.huhuhu..
[but, people change ok!!!  moga aku berubah kepada yg baik..:P]
abah dengan almarhumah nenek dan adik beradik yg lain pergi bersame2.

gambar hiasan: terimalah taubatku Ya Allah
gambar hiasan: terimalah taubatku Ya Allah

ok, 28 oktober 2010..
ade beberapa insan yg ku kenali akan berangkat ke TANAH SUCI MAKKAH.

1. Selamat berangkat ke TANAh SUCI MAKKAH buat ma, abah ( family mek lah)
2. Selamat berangkat ke TANAh SUCI MAKKAH Dr. Norazan. ketua program CS 221.
 (Mewakili pelajar CS221: kepada Dr Norazan)

semoga selamat pergi dan selamat pulang kepada mereka. diberkan kesihatan yang baik semasa menjalankan ibadah haji walaupun sekarang ini musim panas. dan semoga mendapat haji mabrur. amin..

note:: banyakkan minum air di musim panas, jangan lupa untuk makan, dan krim pelembap.
[ni sy bace pada blog2] hehehe. sy dah msg pada ma n abah. kt Dr Norazan pagi2 esok yer..

salam mesra dari WANDoT :P

LaMBaiAN KaAbaH~

salam semua.

skang baru jer sampi umah.. kje yg bos bg ade ckit lagi x abes.. xlarat.. nk sambung esok plak..huhuhu
mengenai tajuk diatas, adalah dimaklumkan sekarang ni ramai yg pergi ke tanah suci sempena musim haji.
ni nk kongsi ckit.::





Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.
Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

dipetik dari :Lambaian_Kaabah

Wednesday, October 27, 2010

EXAM: MINTALAH DARI YG ESA

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran
- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

sumber : kecemerlangan adalah ketaatan pada Allah
actly ini mase peperiksaan, namun kite sentiasa boleh berdoa kepada Allah.. apasalahnya.. x perlulah jika nk exam baru nk tadah tangan dan berdoa. mungkin ia satu usaha, tp secara praktiknya dalah kurang elokkah..

BeRtEMaNkan REPOrt!!!

salam.. ape kahbar semua..
aku br jer sudah mengabdikan diri pada report aku..huhuhu
penat giler.. Alhamdulillah.. 80%. thanz kepada kawan2  yang sudi membantu...

dah stop. esok sambung balik bahagian yg leceh2 tu.. then, mahu tunjuk sama puan!! yeay~ selangkah lagi meninggalkan dunia pelajar ijazah sarjana muda kononnya..hahaha

now aku bersame ini!!! yeay!! amat suke.. yahuuuuu!!~

                                               keropok sayur.. [ kalu panas2 mmg sedap giler]

                                        air bujang jer : teh o panas!! mmg syokkkkkkkkkkkk!~ huhu
actly, mase aku taip ni pon kepala aku masih pikir byk benda..
pertamenyer, perancangan hidup mase depan..huhuh
ssh juge jadi anak lelaki tunggal.. aku x leh nk pentingkan diri sendiri.. Alhamdulillah, perkare yg aku impikan dah pon berlaku sejak aku masuk U. mungkin aku kne lebih usaha n matang memikirkan insan2 kesayangn dalam keluarga daripada diri sediri... coz, aku cuma ada keluarga untuk sedih dan gembire.

oklah, xmo sedih2.. flow untuk esok adalah ke opis + kje yg berlambak n bos dah bg due date..haha
~once dah mcm nih, br la nk hargai duit mak bapak bg dlu yer!!
at least aku dah mengerti kesusahan cari duit..huhu

kpd kawan2 semua, kite akan dapat memikirkan sesuatu ngan baik setelah kite hadapi sesuatu yg memerlukan kite memikir ttg sesuatu itu.. percayalah..

salam mesra dari WaNDoT

Tuesday, October 26, 2010

HoBen JaNG HoBeN!!

salam semua..
tetibe aku memikirkan final bola nnt..huhuhu
jumpe plak yg nih...PERTAHAN KEJUARAAN.. cantik sgt design die.. simple n smart..

jadi ni aku nk kongsi cikit ngan anda2 semua.. heheheh
                                                  --------------------------------------------

Dari sawah turun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

1 - 0 kocik bonar
4-1 sonyum lebar
Kalau boleh 7 - 0,
Biar dio balik tolopong, tolopong-lopong

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang luak sokong kito
Jangan buek malu muko

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaring kuyak
Main mesti hati-hati
Jangan masuk gol sendighi..sendighi

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-lagu-hoben-jang-hoben-lagu-bola.html#ixzz13Qes4EKV
 
moga kejayaan milik Negeri Sembilan.. amin!!
 

~aku adalah angah~ siri 1

salam.. aku rase mlm nih ssh sgt nk berjauhan ngan "buku" aku nih..huhuhu
mcm ape yg pernah berlaku kt blog aku dulu.. aku mmg ske share ape yg berlaku dalam hidup aku.

aku seorang angah~ siri 1.

anak tunggal lelaki yg cukup degil nih.. kehidupan aku x lah semeriah orang lain. tp aku yakin dan percaya, setiap insan akan ada jalan cerite tersendiri.. dan aku, yg dibesarkan oleh mak n abah. kedua2nya dari background tentera.. maka berkawad lah aku selepas jer lahir! hahahaa. [gurau lah]

kiri kanan kiri!! kiri kanan kiri!! hahaha~

ni lah gambo aku mase darjah 6!!
hahah!!! kahirol izwan bin shafie..

oklah..got to go!!
salam mesra dari teratak WaNDoT..
assalamualaikum..

Monday, October 25, 2010

~ Kekanda Adinda ~

aku terdengar lagu nih mase kt opis.. kekaseh gelap aku pasang. then, ade lah bro yg kt ofis tu minat..
dan kau rase lagu tu mmg sesuai sgt ngan die!! hahaha
org yg happy go lucky!! siyes~ amat sesuai ngan die..

pada aku: lagu nih gedik giler kot! hahaha
tp aku ske.. mcm lagu ni x berat mane pon.. santai2 jer.. tp ade la yg die nk cerite dari lagu nih...
so, skang nih, lagu nih lah teman aku kalu nk cari idea membebel kt blog nih..hahaha
layankan jer..haha

ni la lirik die::

Lagu:  Kekanda Adinda

Verse_1

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

----------------------------------
lagu / lirik oleh: loQue
dipersembahkan oleh : monoloQue / Atilia
hakcipta terpelihara:
P&C: Penerbitan Pancasona 2010

FiNaL SeM~ haha!!

salam semua..
arinih 25/10/2010.
jam 10 baru tiba di rumah.
penat sgt denga kje yg berlambak..
post arini pasal sememster last aku. hahaha!

alhamdulillah.. budak yg bermasalah mase sekolah akhirnya berjaya menghabiskan perjalanan sebagai siswazah.. mungkin perjalanan aku lambat sedikit..  mereka telah lama pon menamatkan pengajian.. kos yg diambil pon x lah seperti mereka.. pasti dan nyata aku x mampu nk amik kejuruteraan..hahaha
tp dah rezki aku amik statistics kan.. then, y aku nk bsedih. bangga ape!! insan2 yg berada di belakang bajet negara dan belanjawan negara (statistician)..

ok lah, semester akhir nih aku seakan leka sedikir ngan internet. tp tindakan aku nih pon adalah setelah aku byk membace blog2 mase cuti sem. semseter akhir adalah waktu untuk praktikal. then, kne bt project. selain tu, ape lagi yg boleh aku bt?? haaaa.. ni lah jawapan nyer..
1. mase nilah nk learn pasal kehidupan bekerjaya..
  - beruntung rasenyer berada dilkalangan org yg sudi share pasal life.
2. mase ni lah start search kje.. then, tamat jer degree dah bleh tunggu panggilan.
3. mase ni lah nk belajo pase sesape yg x tahu mcm ner nk rancang bt loan n bt perancangan mase bujang.
(hahahaha.... aku tiru kt blog org lain jugak)
4. mase nilah nk maturedkan diri ngan perkare2 kehidupan.. xyah la nk serius sgt ngan praktikal.. haha
( thats y la aku nih kne bebel kt company coz kuat main2.. x serius..)
TP AKU WILLING KOT LEARN SEMUA.. siap aku leh la nk rencanakan keadaan field yg project aku bt tu.. (3 bulan jer tau) ingat senang ker?? credit to En Lan..!!!

aku rase sgt value ape yg aku belajar semua ni bile aku dok kt MPOB..hahaha
nnt nk g sane lagi lah.. best!!

semester last ni juge lah aku rase diduga ngan kuat..huhu
suppose aku dah siap da report prac. dan sememangnyer aku dah siap.
aku dah pon hantar copy kt MPOB. dah pon present kt MPOB. everything ok!!
bile balik jer kt fakulti, aku kne bt balik..hahahaha
* aku senyum jer* tp dalam hati nih, [nk pecah rase jantung!!]..

dan skang aku tgh menyiapkan semua benda tu..hahaha
moga aku kuat untuk mengahbiskan sehingga 16 nov 2010..

ok lah, cau cin cau!!!
salam semester akhir dari WanDoT

FINAL exam

salam.
malam nih terlalu byk benda yg difikirkan.
moga sahabat2 sy suksess dalam final exam.
well prepared okay.
jgn stress sgt. bile sy x amik final exam nih, rase mcm sunyi jer coz dah x perlu tgk2 buku.
but, sy rasekan debaran final sahabat2 semua.

buat rakan2 rumah sewa: all the best okay.
sahabat yg bt master: sy tahu jadual kmu amat rapat..(25,26,27,29)
moga kejayaan milik anda semua..(syah, ana, maiza.. nnt kite borak lagi kt wak dol tu eh!)hahaa

Ya Allah, sekiranya rezekiku masih dilangit maka turunkanlah, sekiranya ia masih berada didalam bumi maka keluarkanlah, sekiranya susah, permudahkanlah, sekiranya haram dan sekitanya jauh sucikanlah dan sekiranya jauh dekatkanlah

Man JaDdA wA JaDA~

salam..
baru balik dari mengajar sahabat rapat saye bername cik anum.
tempat :  kfc seksyen 18
mase : 8.30
subjek : stat yg susah..huhu

nampak berbeza cara die belajar sekarang..
wish you all the best in final exam beb!!

kitorg selalu di belakang ko..
kan same2 nk sambung belajo nnt..~ hehe

doa byk2 k..
salam mesra dari WanDoT..

Sunday, October 24, 2010

CreDiT To AChU~

perasaan gembire dalam diri x dapat dibendung! huhu
pagi tadi dalam keletihan buat project praktikal, aku gagahkan diri untuk ke opis..
bos suruh siapkan keje!! tp hasilnyer blog nie!! heheheheh.

tgk si Otai blogger tgh online kt FB. terus aku sapa! hahaha
then, perbincangan berlangsung sambil aku tak buat keje yg bos suruh..hahaha
gelak punyer gelak.. siap juge teratak chinta wandot nih. yeay!!

aku sgt gumbire! thanz coz sudi luang mase untuk header yg comel nih.
siap ngan setting n security! pergh.. aku rase sgt safe kot..haha

baru balik kje nih..
skang magrib dah awal..
see u all again okay!!

salam mesra dari WaNDoT

bUkU BaRU~

salam...
ni adalah buku baru aku..
setelah sekian lama, aku rasa nk luahkan ape yg melanda fikiran nih.
huhu~
buku lama telah diTUTUP bagi menjaga perasaan individu2 tertentu..
then, dis wat i have today..

dengan azam yang ada, 
akan ku pertahankan buku ini slamanya.
harap tak de dah masalah2 melanda.
TQ.
[selamat berblogging.hehehhe]